‘Cantik & tinggi Bella, ada lesung pipit.’ Terbang ke Universiti Oxford, penampilan anak sulung Dr Sheikh Muszaphar jadi perhatian!

20 Dec 2023 • 11:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

BARU-baru ini Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, memuat naik perkongsian mengenai anak sulungnya, Bella.

Menerusi hantaran yang berbentuk video itu, kelihatan gelagat anak dan bapa itu berada di lapangan terbang.

Rupa-rupanya, Bella atau nama sebenarnya Sophea Isabella, 12, berangkat ke Oxford, United Kingdom untuk Program Kepimpinan.

Menurut Dr Sheikh, anak perempuannya itu terpilih untuk mengikuti satu program kepimpinan di universiti berkenaan.

image is not available

“Bella kini sudah 12 tahun dan terpilih ke Universiti Oxford untuk Program Kepimpinan selama seminggu. Beliau nampak bersemangat, saya yang sedih.

“Ingatkan ada tujuh anak tak kisah akan lepaskan seorang. Rupa-rupanya saya saya salah. Menusuk kalbu. Sayang awak Bella, Semoga dapat menimba ilmu di sana,” luahnya menerusi kapsyen.

Perkongsian suami kesayangan Datin Dr Halina Mohd Yunos tersebut meraih perhatian warga maya.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menitipkan doa dan ucapan tahniah buat Bella.

Pada masa sama, ada juga yang memuji penampilan beliau kini yang tampak tinggi lampai dan lebih manis.

‘All the best Bella and take care.’

‘Bella sangat berdikari. Teladan yang baik kepada adik-adiknya.’

‘All the best Bella. Tingginya macam model.’

image is not available

‘Cantik Bella, macam Liyana Jasmay.’

‘Baru 12 tahun, tapi tinggi. Nampak macam beza beberapa inci je dengan ayahnya.’

‘Cantik bila besar nanti ni. Manis ada lesung pipit.’

‘Tingginya Bella. All the best tau.’

‘Semoga sentiasa dalam peliharaan ALLAH.’

 

‘Bella pergi melawat kawasan tu sebab suatu hari nanti beliau akan menyambung pelajaran di sana kan. Beliau pasti boleh!.’

‘Untungnyaa ada ayah yang fatherly, supportive and lovely macam ni.’

‘Dah besar Bella cantik, tinggi dan pandai.’

image is not available

‘Seronok bila tengok seorang bapa betul-betul mendidik anak dari kecik. Semua yang Dr Sheikh dapat masa training astronaut, beliau praktikkan kepada anak-anak macam mana nak hidup kat dunia ni.’

Untuk rekod, Dr Sheikh Muszaphar dan isteri, Dr Halina, dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, Sheikh Adam, Sheikh Noah, Sheikh Eusoff, Sophea Emilia dan Sheikh Muhammad.

Sumber: Instagram drsheikhmuszaphar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang