Canva Perkenalkan Tetapan Baharu Untuk Mengawal Kandungan Dijana AI

TechnologyDigital
20 Nov 2026 • 1:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Canva Perkenalkan Tetapan Baharu Untuk Mengawal Kandungan Dijana AI

Canva kini membolehkan pengguna menentukan sendiri cara mereka menggunakan AI. Menerusi dua ciri baharu yang diperkenalkan baru-baru ini, pengguna boleh mengawal penggunaan AI generatif serta mengurangkan kandungan dijana AI yang dipaparkan dalam platform Canva.

Image from: Canva Perkenalkan Tetapan Baharu Untuk Mengawal Kandungan Dijana AI

Salah satu ciri yang diperkenalkan ialah Generative AI Control iaitu tetapan baharu yang membolehkan pengguna menyembunyikan atau mematikan ciri AI generatif di seluruh platform Canva. Apabila diaktifkan, ciri AI generatif tidak lagi dipaparkan namun pengguna boleh mengaktifkannya semula pada bila-bila masa menerusi tetapan akaun. Tetapan ini boleh diakses melalui menu Profile > Settings > Permissions.

Image from: Canva Perkenalkan Tetapan Baharu Untuk Mengawal Kandungan Dijana AI

Selain itu, Canva turut menawarkan AI-Generated Content Control yang membolehkan pengguna mengurangkan kandungan dijana AI daripada muncul dalam carian dan cadangan kandungan di pustaka Canva. Langkah ini membantu pengguna melihat lebih banyak hasil kerja daripada pereka dan pencipta kandungan. Kedua-dua ciri berkenaan ditawarkan secara percuma kepada pengguna Canva Free dan Canva Pro.

Image from: Canva Perkenalkan Tetapan Baharu Untuk Mengawal Kandungan Dijana AI

Menariknya, Canva turut menjelaskan bahawa beberapa alat suntingan seperti Background Remover dan Magic Grab akan terus tersedia walaupun pengguna memilih untuk tidak menggunakan ciri AI generatif. Ini kerana kedua-duanya hanya digunakan untuk menyunting kandungan sedia ada dan bukannya menghasilkan kandungan baharu menggunakan AI.

Sumber: Introducing AI Controls

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved