
Dalam dunia yang serba pantas hari ini, ramai yang sudah mula mengutamakan kesejahteraan diri berbanding perkara-perkara lain.
Terima kasih kepada kemajuan dalam teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) mudah alih, anda kini boleh membawa perjalanan kesihatan anda ke tahap seterusnya dengan rangkaian peranti Samsung yang disambungkan, dikuasakan oleh AI untuk menjadikan segala-galanya lebih mudah dan lancar.
Memacu rangkaian pengalaman AI kesihatan ini ialah Galaxy Z Fold6 dan Galaxy Z Flip6 terbaharu, serta Galaxy Watch Ultra dan Galaxy Watch7 terkini, yang membuka kemungkinan baharu bagi mereka yang komited untuk melakukan perkara yang betul mengikut tubuh badan mereka.
Sama ada dengan data diperibadikan yang membantu mereka sentiasa mengetahui tahap kesihatan harian mereka, atau dengan menawarkan bimbingan yang memperkasakan pengguna untuk melakukan yang terbaik sepanjang perjalanan kecergasan mereka.

Diintegrasikan dengan lancar dengan rangkaian luas peralatan rumah Samsung yang bersambung, berikut ialah empat cara yang boleh digunakan oleh pengguna untuk membina ekosistem holistik untuk menyokong gaya hidup aktif dan sihat.
Tip #1: Makan dan tidur lena
Mulakan hari dengan memahami keperluan unik badan anda dengan Galaxy Watch Ultra dan Galaxy Watch7. Samsung Health mengumpulkan semua data kepada satu platform yang padu tanpa perlu langganan.
Ciri baharu seperti ‘Energy Score’ dikuasakan Galaxy AI, dikira dengan menilai keadaan fizikal dan mental anda merentasi empat faktor penting (tidur, aktiviti, degupan jantung ketika tidur dan kebolehubahan kadar degupan jantung ketika tidur) akan membantu anda memahami cara kesihatan mempengaruhi kehidupan harian.
Malah ia juga juga memberikan data-data berdasarkan keadaan fizikal semasa untuk anda memperbaiki tahap kesihatan diri.

Selain itu, fungsi ‘Wellness Tips’ membolehkan anda menerima mesej diperibadikan yang bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan diri merentasi semua faktor yang mempengaruhi perjalanan kesejahteraan tubuh badan anda.
Berbekalkan maklumat yang diperolehi, anda juga boleh membuat keputusan yang lebih termaklum tentang pemakanan.
Muat turun aplikasi Samsung Food pada telefon pintar Galaxy Z Series untuk digunakan bersama-sama dengan ‘Bespoke 4-Door Flex Refrigerator with AI Family Hub™+’ dan sediakan makanan yang diperibadikan berdasarkan keperluan kesihatan anda dengan ‘Pelan Makanan Tersuai’, yang menganalisis maklumat pengguna dengan menyambung ke profil Samsung Health mereka.
Ini memastikan anda lebih bersedia untuk mengisi badan dengan makanan berkhasiat dan mengekalkan tahap tenaga yang optimum sepanjang hari.
Petua #2: Berlatih dengan baik
Bagi peminat aktiviti prestasi tinggi yang ingin mencapai matlamat seperti menyertai maraton, ciri ‘Race’ pada kedua-dua Galaxy Watch Ultra dan Galaxy Watch7 membolehkan anda membandingkan prestasi semasa dan masa lalu dalam masa nyata untuk menjejaki kemajuan dan mengekalkan motivasi.
Manakala ciri atau fungsi ‘Personalized HR Zone’ pada Galaxy Watch Ultra membolehkan anda bersenam pada tahap optimum dengan selamat berdasarkan keupayaan fizikal anda.

Sebagai juara kecergasan, anda mungkin menyasarkan sukan triathlon untuk disertai. Raih sasaran itu dengan Galaxy Watch Ultra yang turut mempunyai ciri ‘Multi-Sport’ yang membolehkan anda menjejak pelbagai aktiviti seperti triatlon, berenang berbasikal dan berlari.
Semasa pemulihan dan masa henti, kekal bermotivasi dengan melibatkan diri dalam aksi sukan kegemaran anda pada Galaxy Z Fold6 yang lebih nipis dan ringan yang didatangkan dengan skrin lipatan yang lebih cerah.
Jika berada di luar rumah, tangkap sorotan aksi pada telefon pintar Galaxy Z Fold6 atau Galaxy Z Flip6 semasa dalam perjalanan. Sambil beraktiviti, gunakanlah ‘Circle For Search’ Cari dengan Google untuk menemui dan berhubung dengan rakan-rakan atlet yang baharu.
Petua #3: Bergerak dengan baik
Ubah rumah anda menjadi studio kecergasan yang diperibadikan dengan ciri ‘Workout Routine’ yang ada pada Galaxy Watch7 dan Galaxy Watch Ultra.
Ciri ini membolehkan anda membina rutin dengan menggabungkan pelbagai senaman dengan rutin senaman untuk mencapai matlamat anda, supaya rutin harian anda kekal segar dan menarik.
Petua #4: Rehat dengan baik
Makan dengan baik dan berlatih bersungguh-sungguh adalah bahagian penting dalam memastikan anda meraih tahap kesihatan dan kesejahteraan diri yang diimpikan.
Namun perlu diingatkan, mendapatkan tidur yang berkualiti adalah sama penting supaya badan anda boleh berehat dan pulih.
Ciri ‘BioActive Sensor’ yang dipertingkatkan pada Galaxy Watch Ultra dan Galaxy Watch7 menawarkan peningkatan ketepatan yang memperkasakan anda untuk lebih memahami diri dengan bacaan yang komprehensif.
Bagi mereka yang sering mengalami masalah tidur, Galaxy Watch7 anda turut disertakan dengan algoritma AI tidur lanjutan baharu untuk analisis tidur.

Galaxy Watch Ultra dan Galaxy Watch7 turut disertakan dengan mod tidur pada SmartThings, yang meredupkan skrin untuk mengelakkan gangguan tidur apabila tubuh badan terdedah pada cahaya.
Anda juga boleh mengautomasikan peranti anda yang disambungkan menggunakan SmartThings untuk malam yang lebih damai. Contohnya, dengan rutin tersuai pada SmartThings, kawal pencahayaan rumah anda, bidai, termostat dan juga penghawa dingin Samsung WindFree™ dengan mudah.
Teknologi WindFree™ yang memiliki 23,000 lubang udara mikro yang terakhir ini menyebarkan udara sejuk secara perlahan dan sekata, ideal untuk tidur yang lebih lena sambil memulihkan tubuh badan. – Getaran, 19 Ogos 2024
Foto : Samsung




