Capital A & Standard Chartered Ingin Meneroka Bersama Pembangunan Bersama Wang Digital Ditambat Ringgit

LocalBusiness & Finance
12 Dec 2025 • 4:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Capital A dan Standard Chartered Bank Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama dalam meneliti pembangunan dan menguji wang digital yang ditambat (stablecoin) dengan Ringgit Malaysia. Langkah ini dijangka akan dilakukan melalui DAIH (Digital Asset Innovation Hub) dibawah Bank Negara Malaysia.

Dibawah kerjasama kedua-dua pihak ini, Standard Chartered Malaysia dilihat akan membangunkan wang digital ditambat Ringgit serta menguji dan membangunkan inovasi berkenaan, sementara Capital A akan membangunkan bersama serta mengujinya pada penggunaan kehidupan harian dalam dunia nyata.

Langkah ini juga sekaligus meneroka kepada pembangunan perkhidmatan kewangan generasi baharu oleh kedua-dua pihak.

Buat masa ini, kedua-dua pihak baru sahaja mengumumkan kerjasama dan hasrat untuk meneroka pembangunan bersama. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut kedua-dua pihak ini dalam pembangunan wang digital yang ditambat Ringgit ini.