Caprice ajak Dewi isi kekosongan kerja lepas letak jawatan, netizen ‘seru’ Farra Inalis

LocalEntertainment
6 Nov 2024 • 4:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh, Caprice ajak Dewi isi kekosongan kerja lepas mengetahui wanita tersebut membuat pengumuman meletak jawatan di Pizza Wagyu Jofliam memandangkan dia juga sedang mencari pekerja baharu.

Dalam video singkat yang dibuat oleh Caprice, dia menyatakan pada awalnya rakyat Malaysia tidak pun menunggu wanita itu untuk meletak jawatan memandangkan ada isu yang lebih besar perlu diambil tahu.

Instagram will load in the frontend.

Caprice ajak Dewi isi kekosongan kerja lepas dapat tahu letak jawatan

Namun, memandangkan Dewi telah membuat pengumuman tersebut, Caprice memaklumkan yang kafe kepunyaannya sedang mencari pekerja untuk mengisi beberapa jawatan bagi menggerakkan pengurusan.

Disebabkan Dewi telah memaklumkan perihal perletakkan jawatannya di tempat kerja sebelum ini, pempengaruh tersebut mengajak dan membuka ruang untuk wanita terbabit memohon jawatan yang ditawarkan.

image is not available

Caprice ajak Dewi isi kekosongan kerja, hanya perlu hantar resume

Menurut pemilik nama sebenar, Ariz bin Ramli itu, jika Dewi ataupun sesiapa yang berminat untuk bekerja bersama dengannya, hanya perlu menghantar resume dan apa yang disampaikan ini merupakan perlawaan terbuka buat wanita tersebut.

“Alang-alang hang dah letak jawatan dari jual piza tu, cuma nak beritahu yang sebenarnya kita dekat Top G Publika tengah cari pekerja baru sebagai frontdesk, floor manager atau di dapur.

“Jika anda berminat bekerja bersama kami, awak hanya perlu hantar resume. Kita pun pakar jual piza, jual burger juga.

” Ini merupakan perlawaan terbuka, innshaAllah,” ujarnya sambil memandang sekeliling seperti berjaga-jaga.

Ramai mula seru Farra Inalis

Disebabkan terlampau berani menawarkan pekerjaan tersebut kepada wanita yang dikaitkan dengan usahawan, Jofliam sehingga rumah tangga yang dibina bersama Cik Epal mengalami masalah, netizen mulai meminta Caprice berhati-hati agar tidak ‘tidur luar ‘jika isterinya mengetahui perihal tawaran kerja berkenaan.

Mana tidaknya, nama isteri Caprice telah memenuhi ruangan komen pempengaruh tersebut apabila netizen mulai ‘menyeru’ Farra Inalis agar segera mengetahui tindakan yang dibuat suaminya.

image is not available

Caprice macam cari nahas je

image is not available

 

Memang tak berani la Caprice ajak Dewi

image is not available

Terdahulu, wanita dikenali sebagai Dewi telah membuat pengumuman di Instagram dengan menyatakan dirinya sudah tidak lagi bekerja dengan Jofliam susulan pelbagai kontroversi yang terjadi.

Ujarnya, dia mahu fokus terhadap perniagaan sendiri dan mengucapkan terima kasih kepada majikan lamanya kerana memberi peluang menjadi sebahagian daripada mereka.

Sumber: Instagram caprice