Caprice cari remaja mulut puaka, gelar anak seperti dajal kecil & haiwan

Entertainment
2 May 2024 • 1:56 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pempengaruh terkenal, Caprice cari remaja mulut puaka apabila tergamak menggelar anaknya, Airiel Qashaf bin Ariz sebagai dajal kecil dan haiwan tertentu.

Tergamak cakap macam tu dekat bayi

Menerusi perkongsian yang dibuat pemilik nama sebenar, Ariz Ramli, dia telah berkongsi beberapa tangkapan layar berkenaan beberapa direct message (DM) yang diterima daripada seorang remaja seakan menghina anaknya.

“Bab-bab anak is the limit. Harap-harap you or your family members nampak video dan cari Cap esok atau lusa kita jumpa depan-depan,” tulis pempengaruh terbabit.

image is not available

Caprice cari remaja mulut puaka, hina anak sesuka hati

Bahasa-bahasa kasar yang dihantar kepada Caprice bertujuan menghina anaknya yang baru sahaja lahir beberapa bulan dilihat keterlaluan sehingga sanggup menyamakan bayi yang tidak berdosa itu dengan haiwan.

image is not available

Caprice cari remaja mulut puaka, cakap dajal kecil juga

Tak hanya itu, anak kepada Caprice dan isterinya, Farra Inalis juga telah dikatakan sebagai dajal kecil membalas Insta Story yang dibuat oleh pempengaruh itu di media sosialnya.

image is not available

Akaun instagram dah hilang

Selain daripada mendedahkan wajah remaja bermulut puaka itu di Instagram miliknya, Caprice turut memuat naik gambar ahli keluarga remaja terbabit sebagai pengajaran untuknya.

Walau bagaimanapun, Instagram remaja terbabit sudah hilang sesudah tindakan kurang bijak yang dilakukan disedari oleh Caprice.

image is not available

Nak jumpa remaja tu Sabtu nanti

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila rata-rata merasakan tindakan remaja berkenaan semenangnya keterlaluan.

Mereka juga mengatakan budak biadap seperti itu harus diberi peringatan dan pengajaran supaya lebih berhati-hati dan beretika apabila mengeluarkan sebarang kenyataan kepada orang lain yang tidak dikenali serta tiada kaitan dengannya.

image is not available

Terlalu biadap budak zaman sekali

image is not available

Sesuka hati ‘membabikan’ anak orang

image is not available

 

Dah tiada adab langsung

 

image is not available

 

Sumber: Instagram caprice

View Original Article