Caprice Menang Di Mahkamah, Kini Bebas Bersuara Isu Ebit Lew

LocalEntertainment
21 Jan 2025 • 7:25 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
caprice mondy

Penyanyi rap dan usahawan terkenal, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, meluahkan rasa syukur selepas memenangi kes injuksi interim melibatkan pendakwah selebriti Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali sebagai Ebit Lew.

Berita gembira itu dikongsi oleh Caprice menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Caprice terpaksa tutup mulut isu Ebit Lew sebelum ini…

image is not available

Menurut Caprice, keputusan Mahkamah Tinggi memberikan pihaknya kemenangan sekali gus membolehkan dia kembali bersuara mengenai isu yang melibatkan Ebit Lew.

Hari ini kita menang di Mahkamah Tinggi untuk lawan injuksi interim kes Ebit Lew.- Tulisnya.

Dalam hantaran yang sama, Caprice menjelaskan bahawa dia terpaksa berdiam diri sebelum ini kerana terikat dengan perintah injuksi interim yang dikenakan oleh pihak lawan.

Ramai tanya kenapa Cap tiba-tiba lama senyap? Sebab pihak sana pasang injuksi interim agar saya tak dapat petik nama dia atau cover berita mengenainya. Tapi harini kita menang. Syukur Alhamdulillah.- Katanya.

Selain itu, Caprice turut memaklumkan bahawa pihak lawan telah diarahkan untuk membayar sejumlah wang kepada pihaknya sebagai sebahagian daripada keputusan mahkamah tersebut.

Caprice kena padam semua content libatkan Ebit Lew sebelum ini…

image is not available

Kes ini bermula apabila Caprice diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 5 Oktober lalu untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik Ebit Lew.

Perintah tersebut termasuk arahan untuk memadam rakaman video bersama pempengaruh media sosial Mondy Tattoo yang telah dimuat naik di laman media sosialnya.

#OhmediaNasihat

Kes ini mengingatkan kita tentang kepentingan untuk menghormati undang-undang dalam menyelesaikan sebarang pertikaian.

Walaupun kadangkala kita mungkin merasa terkongkong, keputusan mahkamah adalah ruang yang terbaik.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram


The post

appeared first on

.