”Caprice Menyerang Saya..” – Asyraf Khalid Bakal Fail Saman

LocalEntertainment
1 Aug 2025 • 7:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia asyraf Khalid Caprice

Usahawan dan pempengaruh, Asyraf Khalid akhirnya tampil ke hadapan dan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap penyanyi, Caprice selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa serangan bertubi-tubi di media sosial.

Menurut laporan Kosmo, Asyraf mendakwa Caprice membuat hantaran yang menuduh dan menghina dirinya secara terbuka selepas beliau menjemput seorang individu kontroversi dalam satu podcast.

Hantaran-hantaran tersebut telah mencetuskan gelombang serangan berbentuk fitnah, penghinaan keterlaluan dan tohmahan yang menggugat maruah saya.

Asyraf Khalid kecewa dituduh dan dikecam

image is not available

Asyraf juga berasa kecewa apabila netizen turut melemparkan tuduhan melampau dan mengecam dirinya.

Seorang pempengaruh dikenali sebagai Caprice telah menerbitkan beberapa hantaran menyerang saya secara terbuka kerana menjemput tetamu berkenaan yang menurutnya terlibat dengan pelbagai tuduhan kekerasan.

Paling sedih bila orang mula tuduh bahawa semua yang saya miliki hari ini hanya disebabkan anak Datuk K.

Asyraf turut mengakui bahawa beliau tidak akan menyiarkan podcast itu demi menjaga sensitiviti semua pihak. Namun begitu, Caprice tetap meneruskan ‘serangan’ di media sosial.

Peguam sahkan saman fitnah akan difailkan terhadap Caprice

image is not available

Peguam Asyraf, Abdul Hakiem Aiman mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat dan pihak mereka akan memfailkan saman malu serta saman fitnah dalam masa terdekat.

Caprice tidak mendapatkan klarifikasi daripada pihak Asyraf sebelum mengeluarkan dakwaan.

Beliau turut menegaskan bahawa kes ini tidak patut diadili di media sosial, sebaliknya melalui sistem kehakiman yang lebih adil dan teratur.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.