Caprice Petik Lavida Coin Lepas Dato Seri Vida Beri Teguran

LocalEntertainment
25 Sep 2024 • 10:41 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Caprice Dato Seri Vida

Sebelum ini usahawan, Dato Seri Vida ada memberi nasihat kepada penyanyi, Caprice untuk berhenti dedah aib berterusan dan fokus jaga keluarga menerusi satu perkongsian di media sosial miliknya.

Tak berdiam diri, Caprice tampil memberi respon mengenai perkara itu dengan meminta pengikutnya untun mengabaikan saja nasihat yang diberikan usahawan itu.

Bukan tu jer, penyanyi itu juga sempat memberikan nasihat kepada Vida untuk fokus mengenai isu Lavida Coin.

image is not available

Abaikan guys, kirim salam Lavida Coin sahaja dekat dia. Siapa yang ikut saya dari dulu tahu 99 peratus berita kami sebab ramai minta bantu ataupun mangsa sendiri minta tolong.

Pensohor media sosial itu juga seolah-olah memberi gambaran yang dia tidak akan berhenti memberi kesedaran kepada orang ramai dan membongkar kisah-kisah tersirat yang akan membuka mata orang ramai.

Untuk info, Vida pernah terpalit dengan kes Lavida Coin di mana lebih 40 mangsa tampil menuntut ganti rugi sehingga RM59 juta dan kes tersebut masih disiasat.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Caprice