Caprice Pun Pelik Bila Malaysia Tak Cukup Telur, Adakah Ayam Di Negara Ini Penyokong LGBT? 

8 Dec 2022 • 11:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Caprice - Gambar fail

Isu kekurangan telur yang cukup serius di negara ini turut menarik perhatian rapper dan pempengaruh media sosial, Caprice untuk memperkatakannya melalui Instagram miliknya. 

Lebih-lebih lagi apabila kerajaan memaklumkan bahawa kita perlu menambah import telur dari negara luar untuk menyelesaikan masalah kekurangan telur yang kita hadapi di negara ini.

image is not available
Caprice - Gambar fail

“Ia membuatkan saya terfikir, kita kena import telur? Biar betul? Adakah ayam-ayam di Malaysia ini sudah tidak punya stim untuk buat telur? 

“Atau mungkin sejak PRU-15 atau Piala Dunia 2022, ayam-ayam kat Malaysia nih pun dah mula sokong LGBT? 

“Adakah puncanya disebabkan taikun-taikun yang pegang industri telur tak nak beri kerjasama? Memang ini masalah besar. Apabila kita takde telur, tiada siapa yang berani tegur taikun-taikun besar di luar sana,” katanya. 

Hantaran yang dimuat naik Caprice itu mendapat maklum balas yang berbeza. Ada yang menyokong pandangannya, ada yang berpendapat ia lucu dan tidak kurang juga yang menyelar apa yang dikatakannya itu.  – Getaran, 8 Disember 2022