“Caprice Wannabe..” – Ulas Kes Amang Seksual PU Azman Pula, Azhar Sulaiman Dikritik Nak Jadi Pengulas Isu Semasa?

26 Jul 2023 • 12:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon terkenal Azhar Sulaiman sekali lagi menjadi tumpuan netizen apabila dia mengulas mengenai kes membabitkan pendakwah PU Azman dengan perilaku amang seksual yang disabitkan sebelum ini.

Kata Azhar menerusi satu hantaran Instagram, kes tersebut perlu dikendalikan secara tertutup demi menjaga nama baik agama Islam.

Pada pandangan Behar, disebabkan kes ini sangat juicy contentnya, maka adalah lebih baik kes ini dikendali secara tertutup. Demi menjaga nama baik agama Islam.

Pendapat pelakon itu telah menerima sokongan daripada rata-rata netizen namun ada juga yang mengkritik bapa kepada pensohor media sosial terkenal Kasih Iris Leona itu seperti ingin menjadi seperti Caprice.

‘Terpaling ulas’ bak kata netizen. Perkongsian Azhar itu kemudian dipadam pelakon itu tidak lama kemudian.

Terdahulu, Azhar turut menerima kecaman apabila dia tampil memberi pendapat di mana dia menganggap busana Aina Abdul ketika penyanyi itu hadir pada malam karpet merah ABPBH35 itu sebagai ‘should just remain in the box’.

Pendapat itu kemudian disanggah sesetengah netizen yang beranggapan bahawa dia sepatutnya menjaga anak-anaknya terlebih dahulu dari segi berpakaian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"Baju Anak Kau Pulak?" - Anggap Busana Aina Abdul 'Should Remain In The Box', Ulasan Azhar Sulaiman Dikritik Pula...

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved