Cara buat ikan rebus goreng stail pantai Timur, biar semalaman barulah kick

Cooking
24 Aug 2023 • 6:09 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

IKAN rebus, ikan kukus atau ikan lengat adalah sajian lauk ringkas yang menyelerakan.

Berasal dari negeri pantai Timur, kesedapan menu ringkas ini memang diakui ramai.

Selepas direbus dan digoreng garing, ikan rebus ini rangup sampai ke tulang!

image is not available

Ini cara mudah menyediakannya yang dikongsikan Aisyah Humaira:

IKAN REBUS PANTAI TIMUR

image is not available

Bahan-bahan

7 ekor ikan selayang dicuci bersih
4 keping asam keping
3 sudu besar rata garam atau ikut masin disukai
1 inci manisan (gula Melaka)
4 keping hirisan lengkuas
Air secukupnya

Cara penyediaan:

1-Masukkan ikan dan semua bahan ke dalam periuk dan tuang air. Sukatan air adalah paras separuh ikan.

2-Tutup periuk dan reneh ikan dengan api perlahan sehingga air hampir kering.

image is not available

3-Aisyah mencadangkan ia dibiarkan semalaman di dalam periuk supaya ikan tersebut menyerap rasa masam, masin dan segala bahan dalam air rebusan.

4-Keesokanya bolehlah digoreng. Anda juga boleh juga terus menggoreng pada hari yang sama.

image is not available

5-Dalam minyak gorengan yang sama, masukkan bawang bersama cili padi sebagai penambah selera. Siap untuk dihidang.

image is not available

Mengiurkan kan? Bagi yang belum mencuba bolehlah menjadikan ikan rebus pantai Timur ini sebagai sajian makan tengah hari atau malam.

Ia juga boleh dijadikan stok hidangan ekspres di dalam peti sejuk. Hanya goreng apabila tiba waktu makan.

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!