Cara Buat Permohonan Baharu & Kemas Kini STR Secara “Online”

2 Mar 2023 • 11:13 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Cara Buat Permohonan Baharu & Kemas Kini STR Secara “Online”

Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, seluruh rakyat di dalam negara amat terkesan dengan perkara ini. Lebih-lebih lagi golongan yang mempunyai pendapatan rendah seperti di luar bandar dan pedalaman.

Tambahan lagi, faktor cuaca yang tidak menentu sekarang turut menyebabkan beberapa sektor pekerjaan tidak dapat dijalankan khususnya sektor estet.

Susulan itu, bagi meringankan beban rakyat, kerajaan amat prihatin dalam membantu nasib rakyat dengan mengambil langkah proaktif melalui bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Mungkin sudah ramai yang mengetahui tentang inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan ini.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR merupakan satu inisiatif kerajaan di bawah konsep Payung Rahmah. Ia bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Menerusi sumbangan ini, kerajaan mensasarkan beberapa golongan yang layak untuk menerima bantuan STR.

Antara golongan yang disasarkan oleh kerajaan seperti isi rumah, warga emas (tiada pasangan) dan bujang.

Isi Rumah

Bagi isi rumah, mereka yang layak menerima STR adalah berstatus kahwin, ibu atau bapa tunggal, balu, janda, duda (mempunyai anak yang menepati syarat dengan pendapatan isi rumah sebanyak RM5,000 ke bawah).

Warga Emas Tiada Pasangan

Manakala bagi golongan warga emas (tiada pasangan) hendaklah berstatus bujang, ibu atau bapa tunggal, balu, janda dan duda (tidak mempunyai anak yang menepati syarat).

Had umur pula mestilah bermula dari 60 tahun ke atas dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000.

Bujang

Golongan bujang juga tidak terlepas dengan sumbangan oleh kerajaan ini. Antara syarat perlu dipatuhi seperti bujang atau bapa tunggal, balu, janda, duda (yang tidak mempunyai anak dan menepati syarat).

Had umur pula mestilah di antara 21 tahun hingga 59 tahun. Sumber pendapatan juga tidak melebihi RM2,500.

Bagi individu yang berumur 21 tahun ke atas dan sedang belajar sepenuh masa di mana-mana institusi awam atau swasta akan dimasukkan ke dalam maklumat anak (tanggungan isi rumah).

Oleh itu, mereka tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Permohonan Baharu & Kemas Kini STR

Bagi mereka yang pertama kali atau masih keliru bagaimana hendak melakukan pendaftaran STR ini. Sebenarnya, terdapat dua cara untuk membuat permohonan iaitu secara manual dan atas talian.

Bagi langkah manual, pemohon perlu datang ke kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhampiran. Manakala secara atas talian (online), anda hanya perlu melayari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023.

Langkahnya mudah sahaja anda perlu melayari laman web rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my/. Kemudian, klik butang ‘Permohonan Baharu’ bagi membuat permohonan baharu.

image is not available

Langkah seterusnya adalah anda perlu mengisi ruangan kosong bagi maklumat pemohon. Bagi ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.

image is not available

Setelah semua maklumat selesai diisi, buat pengesahan dengan memasukkan Kod Captcha yang dipaparkan pada skrin dan tekan tombol “SAHKAN CAPTCHA”.

image is not available

Langkah seterusnya, anda perlu menghantar borang maklumat pemohon dengan menekan klik ‘Hantar’

image is not available

Setelah selesai, anda dapat melihat status permohonan telah dihantar pada paparan skrin. Untuk maklumat yang lebih terperinci boleh klik di sini.

Kemas kini Pemohon STR

Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun dan ingin membuat kemas kini juga perlu melalui langkah yang sama. Pertama layari laman web rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Kemudian, klik butang ‘Log Masuk’ bagi membuat Kemas Kini Permohonan. Langkah seterusnya adalah masukkan ‘ID Pengguna’ dan ‘Kata Laluan’ yang telah didaftarkan.

image is not available

image is not available

Jika masih belum mendaftar, sila rujuk panduan pengguna – Daftar MySTR 2023 atau langkah di atas.

Selepas itu, klik pada butang ‘Kemas Kini Permohonan’ setelah berjaya log masuk MySTR. Kemudian isi semula maklumat pengguna sama seperti kali pertama membuat permohonan baru.

image is not available

Bagi ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi. Dan hantar borang maklumat pemohon dengan menekan klik ‘Hantar’.

Kemudian, buat pengesahan dengan memasukkan Kod Captcha yang dipaparkan pada skrin dan tekan tombol “SAHKAN CAPTCHA”.

image is not available image is not available

Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan
dipaparkan.

Tarikh Permohonan STR Bermula 1 Mac

Dalam satu kenyataan oleh Kementerian Kewangan Malayia (MOF) memaklumkan bahawa tarikh perrmohonan baharu dan kemas kini STR bermula 1 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023.

Perkara itu diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Tambahan lagi, beliau turut menjelaskan bahawa 8.7 juta penerima bakal menerima manfaat skim kerajaan tersebut.

Peruntukan tersebut memakan jumlah sebanyak hampir RM8.0 bilion.

Tambah Anwar dalam kenyatan tersebut, ia bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permoh0nan masing-masing.

Selain ia membolehkan penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat untuk membuat pengemaskinian.

“Pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas akan terus diperkasakan di bawah “Kerajaan Perpaduan”.

“Bagi mengurangkan golongan yang tercicir atau exlusion error, data penerima STR Fasa 1 akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data Kerajaan.

“Di samping data daripada beberapa agensi kerajaan-kerajaan untuk disemak silang kelayakan STR mengikut syarat yang ditetapkan,” jelas Anwar.

Terdahulu, Bantuan STR Fasa 1 telah diagihkan secara berperingkat bermula 17 Januari lalu.