Cara buat sambal belacan ala kedai tomyam. Sedap tak terkata, mudah & tahan lama

FoodCooking
28 Feb 2024 • 1:06 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

SAMBAL belacan pelengkap masakan kampung. Tidak sah rasanya jika menikmati nasi putih tanpa kehadiran hidangan sampingan yang satu ini.

Salah satu yang menjadi kegemaran ramai ialah sambal belacan yang disajikan di restoran tomyam, rasa pedas-pedas masin yang diseimbangkan dengan sedikit rasa manis dan masam.

Resipi sambal belacan ala kedai tomyam yang dikongsi Noor Atika ini tampak enak. Menerima hampir 2,300 ‘share’, sudah ramai warga maya mencuba dan memuji hasil resipinya.

“Stok sambal ini sentiasa ade dalam peti ais. Memang padu kalau makan nasi bujang atau nasi kukus ayam berempah!

“Hari ini saya untuk ‘membeli jiwa’ suami, ala kedai tomyam Kelantan tetapi diolah sesuai dengan selera sendiri,” ujarnya.

Hanya menggunakan tujuh ramuan, berikut adalah cara penyediaan sajian legend itu:

SAMBAL BELACAN ALA KEDAI TOMYAM

image is not available

Bahan-bahan

1 labu bawang putih (dibakar)
1 biji bawang merah (dibakar)
2 inci belacan (dibakar, tambah kuantiti untuk lebih sedap)
Segenggam cili api hijau dibuang tangkai)
6 biji limau kasturi (dibuang biji)
Gula Melaka secukupnya (dicairkan & ditapis)
Garam secukupnya

Cara penyediaan

image is not available
Sukatan air gula Melaka yang perlu dimasukkan sebelum semua bahan dikisar

1-Masukkan semua bahan di dalam mesin pengisar dan kisar.

TIP

image is not available

-Tidak perlu risau sambal akan pahit asalkan kuantiti limau betul.

-Jika anda suka sambal yang masam, picitkan limau selepas sambal dikisar, tidak perlu tambah limau semasa dikisar.

-Kepada anda yang sukakan sambal ekstra pedas boleh tukarkan cili api hijau kepada cili api merah.

-Gula Melaka tidak akan menyebabkan rasa manis sebaliknya menyeimbangkan rasa masam dan pedas. Boleh olah sendiri namun jika ala Kelantan mestilah masam manis.

Sumber: Nor Atika

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!