Cara buat sosej ayam homemade, padat sayur, tanpa pengawet. Hanya kisar & kukus

Cooking
24 Oct 2023 • 5:51 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

SOSEJ merupakan snek yang sangat digemari pelbagai peringkat umur, terutamanya kanak-kanak. Sekiranya, anak-anak anda salah seorang daripadanya, apa kata mama dan papa belajar buat sosej homemade di rumah.

Resipi sosej homemade yang dikongsikan Norhidayah Mohd Aripin ini lebih terjamin kebersihan dan kandungan bahannya.

Tanpa pengawet dan padat dengan sayur-sayuran, emak ayah tak perlu rasa ragu untuk menghidangkanNYA kepada anak-anak.

SOSEJ AYAM HOMEMADE

Bahan-bahan
4 ketul isi ayam
2 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 -2 ulas bawang merah
2 batang lobak merah
1 batang saderi
2 sudu kecil mushroom seasoning
1 tin cendawan butang
Mixed shredded cheese (jika suka)
3 sudu besar mentega yang dicairkan
Garam secukupnya

Cara penyediaan

1-Masukkan semua bahan kecuali cheese ke dalam pengisar.

image is not available

2-Apabila semua bahan hancur baru tambah cheese.

3-Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam acuan sosej.

image is not available

4-Kukus hingga masak kira-kira 10 hingga 15 minit.

‘Anda tidak perlu risau kerana sosej akan mudah masak kerana ayam sudah dikisar.’

5-Apabila masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum digoreng. Hendak sejuk bekukan pun boleh.

image is not available

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!