“Cara Cakap Pun Sama” – Wanita Buat Warganet Terkejut Muka Salin Tak Tumpah Macam Fazura

26 Aug 2022 • 6:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelanduk dua serupa, itulah peribahasa yang sesuai digunakan untuk menggambarkan seorang wanita yang menjadi perhatian di TikTok gara-gara mirip seperti Fazura.

Menerusi satu posting di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Elle itu menceritakan pengalamannya disamakan dengan pelakon terkenal tersebut.

Menurutnya, dia pernah bekerja di sebuah restoran makanan segera semasa bergelar seorang pelajar dan pengurus di sana turut menyatakan bahawa wajahnya salin tak tumpah seperti pelakon berkenaan.

Dulu masa saya belajar di tahun ketiga, pada waktu cuti semester saya bekerja di KFC. Pengurus di situ cakap kenapa muka saya macam Fazura?”

Tambahnya lagi, rakan-rakan sekerja turut merasakan perkara yang sama tentang aspek berikut.

Dia pun bertanya pekerja lain di situ dan semua cakap perkara sama.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui wanita itu bukan sahaja rupa tetapi suara yang sama dengan Fazura.

image is not availableimage is not available

Video itu turut mendapat perhatian Fazura yang menyapa Elle sebagai ‘kembarnya’.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah:

image is not available 3 hari lalu

"Sembang Je Kau" - Sokong Michael Ang 'Backup' Najib, Fazura Kena 'Cancel' Dengan Netizen?