
Cara Hasilkan "Beef Tallow", Guna Untuk Goreng Nasi Pun Sedap
Kalau kita tengok pada seekor lembu, setiap bahagian badannya itu boleh dimakan dan dijadikan pelbagai jenis hidangan.
Dari daging, tulang, hinggalah organ-organ dalaman, semuanya mempunyai fungsi tersendiri mengikut jenis masakan yang ingin dihasilkan.
Bahagian yang lembut seperti batang pinang sering dijadikan steak ataupun dibakar. Bahagian lain seperti rusuk pula biasanya dijadikan sup ataupun dipanggang.
Organ dalaman lembu juga tidak kurang popularnya. Biasanya, hati lembu sering ditambah dalam masakan seperti goreng kunyit ataupun dimasak dengan cara yang lain.
Namun, bagi sesetengah orang, selain dari daging, tulang atau organ dalaman, lemak lembu juga boleh menjadi salah satu bahan rahsia dalam masakan.
Salah seorang pengguna Facebook, Khairul Johari ada berkongsi cara untuk membuat minyak tallow ataupun beef tallow. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Kongsinya, kali pertama dia mencuba menyediakan beef tallow ini sendiri selepas melihat satu video dari 'mat salleh'.
"Aku tengok video mat saleh goreng steak guna beef tallow. Pergh, teruja aku nak buat. Lepastu aku pun cuba la buat.
"Sekali bila goreng nasi, ya Allah, bau dia lain, rasa dia lain, sedap dia tu macam nasi goreng kedai tomyam," ujarnya.
Bahan-bahan beef tallow
Lemak lembu
Air
Cara Mudah Buat Jeruk Halia, Tak Perlu Beli Di Kedai
Resipi Kuah Bolognese Budu "Viral", Gabungan Pelik Tapi Cukup Rasa Umami
Cara penyediaan beef tallow
Mula-mula, anda cuma perlukan lemak lembu. Ujarnya, cari lemak putih keras dekat bahagian perut atau sekitar buah pinggang lembu.
"Yang ni paling cun untuk buat tallow," tambahnya.
Selepas itu, potong lemak tersebut kepada bahagian kecil dan masukkan ia ke dalam periuk.

Tambahkan sedikit air, anggaran dalam setengah cawan. Tujuannya untuk mengelakkan ia hangit. Kemudian, buka api perlahan.
Ingat, pastikan perlahan! Ini kerana kalau api terlalu besar, baunya akan menjadi pelik dan warnanya juga tidak cantik.

Biarkan lemak tadi cair perlahan-lahan. Selepas satu hingga dua jam, anda akan nampak minyak tersebut keluar sendiri dan lemak tadi makin kecut.
"Lemak yang kecut dan rangup ni orang panggil cracklings. Jangan buang, letak garam sikit, makan panas-panas," kongsinya.
Setelah minyak dari lemak tadi keluar, tutup api dan tapis guna penapis kain atau penapis halus. Tuangkan ke dalam bekas kaca dan simpan. Setelah ia sejuk, ia akan berubah menjadi warna putih seperti lilin.

Siap untuk digunakan.
