Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Digital
27 Jan 2023 • 11:25 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pening kepala di mana nak ambil gambar pasport? Apa kata gunakan sahaja telefon dalam poket anda. Tips ini boleh diguna pakai untuk pengguna Android ataupun iOS.

image is not available

Langkah pertama adalah ambil gambar selfie. Di sini, skill fotografi anda amat mainkan peranan. Pastikan gambar ambil di kawasan dengan pencahayaan yang cukup kerana kamera telefon pintar dengan sensor yang kecil menghadapi masalah untuk menangkap cahaya kalau anda berada di ruangan yang malap.

image is not available

Selain pencahayaan, pastikan latar belakang anda juga bersih. Tidak perlu putih, asalahkan tidak serabut bagi memudahkan AI memotong keluar subjek daripada latar belakang.

Selepas ambil gambar, anda boleh google "Cutout Pro". Di hasil carian, cari pilihan "Passport Photo Maker". Kalau malas juga, tekan saja pautan ini. Bila tiba di laman web berkenaan, ikut sahaja arahan di atas paparan.

image is not available

Anda kena muat naik gambar yang berkenaan. Kemudian, jangan lupa untuk mengubah dimensi gambar mengikut spesifikasi imigresen malaysia iaitu 5cm x 3.5cm. Unit yang diguna pakai oleh laman web ini adalah piksel, jadi gunakan saja dimensi 500 x 350.

image is not available

Setelah itu, anda boleh lakukan penyuntingan semahu anda. Bahagian warna latar belakang boleh ditukar warna dan sekiranya baju yang anda pakai tidak sesuai, ada beberapa pilihan pakaian disediakan.

image is not available

Selamat mencuba.