Cara ideal menurut MIROS untuk ekstrak video bukti daripada dashcam untuk diberikan kepada pihak berkuasa

12 Dec 2022 • 3:29 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Dashcam kini sudah semakin canggih dan semakin mampu milik menyebabkan keperluannya juga meningkat. Malahan, ada pihak yang menyarankan agar dashcam diwajibkan untuk setiap kenderaan. Ia bukan sahaja melindungi pemilik daripada liabiliti malahan boleh membantu orang lain juga.

Menurut Prof. Madya Dr. Muzaffar Syah Bin Mallow, pensyarah kanan Fakulti Undang-Undang dan Syariah University Islam Malaysia (USIM). Rakaman daripada dashcam boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi menyangkal dakwaan, seperti yang termaktub dalam Seksyen 3 Akta Keterangan 1950 (Akta 56).

image is not available

Kandungan dashcam juga boleh digunakan untuk membina kes baharu seperti yang digariskan dalam Seksyen 61 hingga Seksyen 66. Walau bagaimanapun, setiap bahan yang ingin dikemukakan dalam mahkamah perlulah releven, kukuh, dan boleh dipercayai.

Makanya, bagi memastikan ketiga-tiga keperluan itu dipenuhi, MIROS telah hadir dengan garis panduan tentang bagaimana untuk mengekstrak video daripada dashcam secara forensik. Berikut adalah langkah-langkah yang disarankan mereka.

1. Kenal pasti jenama, model, dan nombor siri dashcam

Di badan unit dashcam anda sepatutnya ada maklumat tentang model dan nombor siri perakam itu. Sekiranya tiada, besar kemungkinan ia di dalam sistem operasi itu sendiri, biasanya di bahagian About. Anda boleh buat tangkap layar ataupuna ambil gambar maklumat tersebut.

image is not available

2. Dapatkan maklumat offset waktu antara dashcam dengan sumber piawai

Tanda masa adalah amat penting jika ingin membukti sesuatu fakta. Jadi, kita kena dapatkan berbezaan waktu dashcam dengan Waktu Piawai Malaysia. Anda boleh ambil gambar waktu piawai disebelah tanda masa dashcam anda untuk rujukan.

image is not available

3. Muat turun video daripada kad SD

Anda boleh bawa keluar kad SD dairpada badan perakam dan pindahkan video yang diinginkan ke dalam komputer.

image is not available

4. Jana nilai Hash

Bagi membuktikan tiada sebarang penyuntingan dilakukan pada video, kita boleh gunakan nilai Hash. Info ini boleh dijana menggunakan aplikasi seperti HashMyFiles (PC), Hash Droid (Android), ataupun iHasher (iOS). Dapatkan nilai Hash untuk setiap video yang ingin dihantar sebagai bukti dan lakukan tangkap layar untuk nilai Hash semua video.

image is not available
Fail digital hasilkan hash unik walaupun ia video yang sama tapi dirender guna APP berbeza

image is not available
Walaupun APP berbeza digunakan, nombor hash tetap sama untuk fail yang sama

5. Masukkan 4 perkara tadi dalam storan

Bila anda sudah peroleh semua dokumen daripada langkah 1 hingga 4, anda kemudian perlu masukkan di dalam medium storan, sama ada pemacu kilat ataupun ke dalam pemacu fizikal seperti CD ataupun DVD.

image is not available

Materai di dalam sampul

Setelah dihimpunkan dalam satu medium storan, anda kemudian perlu masukkan dalam sampul dan meterai bahagian penutup dengan nama, tarikh, dan tanda tangan anda. Langkah ini bagi memastikan medium storan pula tidak disunting sebelum tiba ke pihak berkuasa.

Hantar kepada pihak berkuasa

Selesai 6 langkah tadi, maka bolehlah anda hantar bahan bukti kepada pihak berkuasa ataupun pihak syarikat insurans untuk menyelesaikan tuntutan anda.