TERKINI: CARA DAFTAR IMUNISASI DARJAH 1 SESI 2027 BOLEH DIBUAT MULAI 15 FEBRUARI 2026 MENERUSI SISTEM BERSEPADU KPM (MOEIS) DI PAUTAN https://idme.moe.gov.my
Semasa pendaftaran Tahun 1 Sesi 2027, ibu bapa perlu mengisi maklumat imunisasi anak berdasarkan Buku Rekod Kesihatan. Bahagian ini penting dan perlu diisi dengan tepat kerana nama vaksin dalam borang online mungkin berbeza daripada yang tercatat dalam buku.
Pastikan semua maklumat dan tarikh suntikan disemak dengan teliti bagi mengelakkan kesilapan semasa pendaftaran.
Apa itu Imunisasi Darjah 1
Imunisasi Darjah 1 ialah program vaksinasi yang diberikan kepada murid Tahun Satu di sekolah rendah sebagai langkah pencegahan awal terhadap penyakit berjangkit.
Program ini penting bagi memastikan kanak-kanak mempunyai perlindungan imuniti yang mencukupi ketika memasuki alam persekolahan, di mana risiko jangkitan boleh berlaku dengan lebih mudah melalui interaksi harian.
Vaksin untuk murid Tahun Satu di Malaysia bertujuan untuk memberikan imunisasi bagi mencegah penyakit seperti campak, rubella, difteria, dan tetanus (kancing gigi). Penyakit-penyakit ini boleh membawa komplikasi serius sekiranya tidak dicegah melalui vaksinasi yang lengkap dan mengikut jadual.
Program imunisasi ini dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan biasanya dijalankan di sekolah-sekolah dengan kerjasama pihak pentadbiran sekolah serta persetujuan ibu bapa atau penjaga.
Melalui pelaksanaan program ini, kerajaan berusaha memastikan liputan imunisasi yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak bagi melindungi kesihatan individu dan komuniti secara keseluruhan.
Jenis Suntikan Vaksin Darjah 1
Bagi kanak-kanak berumur 7 tahun (Tahun Satu), terdapat 2 vaksin wajib yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Vaksin DT dan Vaksin MR.
Kedua-dua vaksin ini diberikan bagi memastikan kanak-kanak mendapat perlindungan imuniti tambahan sebelum meningkat usia.
1. Vaksin DT (Diphtheria & Tetanus)
Vaksin DT bertujuan untuk mencegah dua penyakit serius, iaitu:
- Diphtheria (Difteri) – Penyakit ini boleh menyebabkan gejala seperti sakit tekak yang teruk, pembentukan selaput tebal di dalam tekak, bengkak tonsil dan kesukaran bernafas. Jika tidak dirawat, ia boleh mengakibatkan komplikasi berbahaya pada jantung dan sistem saraf.
- Tetanus (Kancing Gigi) – Penyakit ini berlaku akibat jangkitan bakteria melalui luka dan boleh menyebabkan kekejangan otot yang serius, terutama pada rahang sehingga sukar membuka mulut (kancing gigi). Dalam kes yang teruk, ia boleh mengancam nyawa.
2. Vaksin MR (Measles & Rubella)
Vaksin MR pula melindungi kanak-kanak daripada:
- Measles (Demam Campak) – Penyakit berjangkit yang menyebabkan demam tinggi, batuk, selesema, mata merah dan ruam pada seluruh badan. Campak boleh membawa kepada komplikasi seperti radang paru-paru dan jangkitan otak.
- Rubella (German Measles) – Penyakit yang menyebabkan demam ringan dan ruam. Walaupun biasanya ringan dalam kalangan kanak-kanak, ia sangat berbahaya jika menjangkiti wanita hamil kerana boleh menyebabkan kecacatan serius pada bayi dalam kandungan.
Cara Daftar Imunisasi Darjah 1 [Online]
Semasa mengisi maklumat imunisasi bagi pendaftaran Tahun 1 secara online, mak ayah kena lebih alert kerana nama suntikan dalam borang online mungkin berbeza dengan nama yang tertera dalam Buku Rekod Kesihatan Anak.
Perbezaan istilah ini boleh menyebabkan kekeliruan jika tidak disemak dengan teliti.
Contohnya, suntikan DTaP dalam buku sebenarnya terdiri daripada tiga komponen vaksin yang diberikan serentak, iaitu:
- Difteria
- Tetanus
- Pertussis
Namun, dalam borang online, ketiga-tiga komponen ini biasanya diceraikan dan perlu diisi satu persatu. Jadi mak ayah perlu rujuk buku imunisasi dengan betul dan padankan nama vaksin mengikut pecahan dalam borang.
👉 Pastikan nama suntikan dan tarikh pemberian adalah tepat seperti dalam buku rekod.
Secara keseluruhan, terdapat 10 jenis suntikan yang perlu disemak dan diisi:
- BCG
- Hepatitis B
- Difteria (dalam buku ditulis DTaP)
- Pertussis (dalam buku ditulis DTaP)
- Tetanus (dalam buku ditulis DTaP)
- Haemophilus Influenza (Hib)
- Polio (IPV)
- Measles
- Mumps
- Rubella
Info Tambahan Penting
✅ Difteria, Pertussis, Tetanus, Haemophilus Influenza dan Polio biasanya disuntik pada hari yang sama.
- Dalam buku, Difteria, Pertussis dan Tetanus ditulis sebagai DTaP/DT (kotak kuning).
- Hib dicatat dalam kotak pink.
- IPV (Polio) dicatat dalam kotak biru.
Untuk Hib dan IPV, terdapat 4 dos keseluruhan, dan mak ayah perlu pastikan ada 4 tarikh lengkap, iaitu:
- Dos 1 (2 bulan)
- Dos 2 (3 bulan)
- Dos 3 (5 bulan)
- Dos tambahan (18 bulan)
✅ Measles, Mumps dan Rubella dalam buku ditulis sebagai MMR (kotak oren).
- Suntikan ini diberikan semasa bayi berumur 12 bulan.
Tip Penting
Sebelum tekan butang “submit”, semak semula setiap tarikh dan ejaan nama vaksin supaya sama seperti dalam buku. Kesilapan kecil boleh menyebabkan permohonan perlu dikemas kini semula.
Dengan semakan yang teliti, proses pendaftaran Tahun 1 akan jadi lebih lancar tanpa kekeliruan.

Tarikh Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2027 (ONLINE)
Pendaftaran Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Sesi 2027 boleh dibuat secara dalam talian melalui Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan Malaysia (MOEIS). Ibu bapa atau penjaga boleh mengakses laman web rasmi di https://idme.moe.gov.my atau mengimbas kod QR yang disediakan.
Tempoh pendaftaran dibuka bermula 15 Februari hingga 31 Mac 2026.
Permohonan adalah terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia yang memenuhi syarat umur yang ditetapkan.
Maklumat Penting:
- Kaedah pendaftaran: Secara dalam talian melalui MOEIS
- Laman web rasmi: https://idme.moe.gov.my
- Tarikh pendaftaran: 15 Februari hingga 31 Mac 2026
- Kelayakan:
- Warganegara Malaysia sahaja
- Lahir 2 Januari 2021 – 31 Disember 2021 (5 tahun)
- Lahir 2 Januari 2020 – 1 Januari 2021 (6 tahun)

Panduan Pendaftaran Tahun 1
Pendaftaran kemasukan kanak-kanak ke Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2026/2027 adalah seperti berikut:
- Pergi ke portal idMe : https://idme.moe.gov.my/login
- Klik Pengguna Baru
- Tekan Daftar Pengguna
- Klik Daftar
- Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
- Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
- Klik Permohonan Baharu
- Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
- Lengkapkan maklumat berikut:
- Maklumat murid
- Maklumat kesihatan
- Maklumat penjaga
- Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
- Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
- Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
- Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
- Status permohonan murid akan dipaparkan.
- Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.




Rujuk manual bergambar di bawah:
MUAT TURUN PANDUAN PERMOHONAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MOEIS IDME KPM:
SLIDE-MANUAL-PENGGUNA-IDME-PENDAFTARAN-TAHUN-1DownloadSila muat turun panduan penuh Manual Pengguna idMe di sini :
Full_Awam_Manual_Pengguna-idme-kpmDownloadMaklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau memerlukan penjelasan lanjut berhubung penempatan Tahun 1 di sekolah pilihan, anda boleh menghubungi nombor telefon atau e-mel mengikut negeri pendaftaran anak/jagaan masing-masing.
Sila rujuk Maklumat Pegawai E-Daftar Rendah seperti yang disenaraikan di pautan berikut:
https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi&negeri=0
Bagi mendapatkan info terkini, maklumat lanjut atau mengemukakan sebarang pertanyaan berkaitan Sistem Pengurusan Identiti (idMe), anda boleh berbuat demikian melalui saluran yang disediakan.
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Aras 3 – 4 Blok E8 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya
- No. Tel : 03-88843501
- No. Fax : 03-88895244
- Email : supportidMe@moe.gov.my
Soalan Lazim – Imunisasi Darjah 1
Rujuk Soalan Lazim Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2027:





Imunisasi Darjah 1 merujuk kepada semakan dan pengesahan rekod vaksinasi kanak-kanak semasa pendaftaran Tahun 1. Maklumat ini perlu diisi berdasarkan Buku Rekod Kesihatan Anak bagi memastikan imunisasi lengkap mengikut jadual Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
2. Kenapa ibu bapa perlu lebih berhati-hati semasa isi maklumat imunisasi?Ibu bapa perlu lebih peka kerana istilah vaksin dalam borang pendaftaran online tidak semestinya sama seperti yang tercatat dalam Buku Rekod Kesihatan Anak. Perbezaan nama ini boleh menyebabkan kekeliruan jika tidak disemak dengan teliti.
3. Mengapa suntikan DTaP sering mengelirukan?DTaP sebenarnya ialah gabungan tiga jenis perlindungan yang diberikan sekali gus, iaitu:
– Difteria
– Tetanus
– Pertussis
Dalam buku kesihatan, ia biasanya ditulis sebagai satu nama (DTaP). Namun ketika mengisi borang, ketiga-tiga komponen ini selalunya perlu dimasukkan secara berasingan. Jadi ibu bapa perlu pecahkan maklumat tersebut mengikut ruangan yang disediakan.
Terdapat 10 jenis imunisasi yang perlu dipastikan lengkap, iaitu:
BCG
Hepatitis B
Difteria (dalam buku direkod sebagai DTaP)
Pertussis (direkod sebagai DTaP)
Tetanus (direkod sebagai DTaP)
Haemophilus Influenza jenis b (Hib)
Polio (IPV)
Measles
Mumps
Rubella
Setiap satu perlu dipadankan dengan tarikh yang tepat seperti dalam buku.
Ya. Beberapa vaksin diberi pada hari yang sama. Difteria, pertussis dan tetanus biasanya dicatat sebagai DTaP atau DT dalam kotak berwarna kuning. Pada masa yang sama, Hib (kotak merah jambu) dan Polio/IPV (kotak biru) turut diberikan.
5. Berapa kali dos Hib dan IPV perlu diambil?Bagi Hib dan IPV, terdapat empat kali pemberian dos yang perlu direkodkan:
Umur 2 bulan
Umur 3 bulan
Umur 5 bulan
Dos penggalak pada 18 bulan
Keempat-empat tarikh ini perlu ada dalam rekod.
Ketiga-tiga penyakit ini digabungkan dalam vaksin MMR yang dicatat dalam kotak berwarna oren. Ia biasanya diberikan ketika bayi berusia 12 bulan.
7. Apakah perkara paling penting sebelum hantar borang?Pastikan setiap nama vaksin dipadankan dengan betul mengikut istilah dalam borang serta tarikh suntikan diisi tepat seperti dalam buku rekod kesihatan. Semakan akhir amat penting bagi mengelakkan kesilapan data.
Baca juga:
