
Cara Menggunakan White Tape Pada Paip, Kalau Salah Boleh Bocor!
Ketika anda berada di dalam sebuah tandas, tak kiralah tandas rumah sendiri, rumah kawan, tandas awam ataupun tanda di tempat kerja anda, pernah tak anda ternampak sesuatu yang berwarna putih di keliling paip air?
Kalau nak tahu, itulah white tape dan kebiasaannya, ia akan digunakan untuk mengikat paip air anda. Tetapi, sekiranya salah pasang, paip anda itu boleh bocor.
Jadi, perkongsian daripada Pak Wee di platform Facebook akan menunjukkan cara menggunakan white tape dengan betul.
Cara Menggunakan White Tape
Kata Pak Wee, white tape adalah tape putih yang selalu digunakan untuk penyambungan paip air.
“White tape ni korang jangan pandang dia simple je. Dia ada cara penggunaannya. Kalau salah guna, nanti bocor paip air korang,” katanya lagi.
Kemudian, dia menunjukkan cara untuk menggunakan white tape itu. Menurutnya, kita harus lihat di manakah arah untuk mengikat penyambung paip.
“First kita tengok dulu penyambung dia bila kita ikat ke arah mana. Contoh, ikat ni ke arah keluar,” kata Pak Wee dalam videonya itu.
Selepas itu, dia menunjukkan cara mengikat tape itu di sekeliling thread paip mengikut arah yang sudah dinyatakan.
“White tape kita ni, putus di hujung dia pun, mesti kena arah keluar. Barulah masa kita ikat penyambung ni, dia akan smooth dan white tape tu takkan terkeluar,” jelasnya.

Seterusnya, dia menunjukkan cara menggunakan white tape pada thread paip yang rapat dengan dinding. Menurutnya, caranya amat mudah dan anda hanya memerlukan sebatang besi yang kecil ataupun pen.
“Korang cuma perlu gulungkan white tape dekat besi dan pindahkan ke thread yang korang nak letak,” kata Pak Wee sambil menunjukkan cara tersebut.

Senang rupanya cara nak gunakan white tape ini. Lepas ni, sekiranya anda nak menyambung paip sendiri, boleh lah anda cuba cara ini. Harapnya tidaklah paip anda mengalami kebocoran sebab anda sudah menggunakan white tape dengan betul.
Sumber: KH Hardware
The post Cara Menggunakan White Tape Pada Paip, Kalau Salah Boleh Bocor! appeared first on Siakap Keli.


