Cara menjana pendapatan dengan Involve Asia!

Personal Finance
22 Jul 2024 • 10:30 AM MYT
Stella
Stella

A gen z student that loves to express things through writing 📜📝

image is not available
Imej daripada Involve Asia official Facebook

Tahukah anda, anda boleh menjana pendapatan walaupun hanya duduk di rumah! Hari ini saya ingin kongsikan satu platfrom yang anda boleh cuba untuk mencari rezeki. Pernah dengar Involve Asia? Involve Asia adalah satu pentas yang dapat membantu anda untuk menjana pendapatan daripada link. Ia berfungsi sama seperti Shopee Affiliate dimana apabila pembeli membeli barang daripada link kita, kita akan diberi komisen tetapi apa yang berbeza Involve Asia tidak tertumpu kepada satu brand sahaja! Terdapat banyak brand yang kita boleh promosikan dan menjana pendapatan!

SIAPA YANG SESUAI UNTUK MENJANA PENDAPATAN DENGAN INVOLVE ASIA?

Involve Asia sesuai untuk kesemua golongan sama ada pelajar, suri rumah ataupun yang sudah bekerja dan ingin mencari pendapatan tambahan. Apa yang penting adalah minat dan kesabaran yang tinggi.

CARA DAFTAR?

Untuk menjadi partner Involve Asia. Pertama sekali, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu. Boleh mendaftar disini dan masukkan segala maklumat yang diminta serta pastikan anda mempunyai sosial media untuk mempromosikan link affiliate anda seperti Facebook, Instagram atau mana-mana saluran digital.

Kedua, apabila sudah berjaya mendaftar, anda perlu menentukan niche konten sesuai dengan minat masing-masing. Contohnya, niche anda adalah fashion, jadi konten anda perlulah berkaitan dengan fashion.

Ketiga, setelah telah memilih niche yang sesuai, anda boleh mendapatkan link affiliate dan mengongsikannya di media sosial.

Keempat, bila ada yang klik dan membeli barang atau perkhidmatan yang anda kongsikan, anda akan dapat komisen daripada Involve Asia. Komisen adalah bergantung kepada syarat dan peratus yang ditetapkan oleh syarikat yang dipilih. Semakin ramai yang beli melalui link anda, semakin banyak komisen yang anda dapat.

TIP BERJAYA

1. Pilih niche yang anda betul-betul minat dan yakin kerana lebih mudah untuk anda mempromosikan sesuatu barang atau perkhidmatan.

2. Konsisten adalah kunci untuk berjaya. Anda perlu konsisten untuk mempromosikan link affiliate.

3. Mempromosikan di pelbagai saluran. Jangan promosi di satu saluran sahaja, gunakan semua saluran yang ada untuk membuat promosi.

#janapendapatan #involveasia


Stella adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.