Cara Mohon Bingkas Selangor: Bantuan Bulanan E-Wallet RM300

LocalPersonal Finance
6 Nov 2025 • 12:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Cara Mohon Bingkas Selangor: Bantuan Bulanan E-Wallet RM300

Kerajaan Selangor telah memperkenalkan Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) sejak tahun 2022. Program ini merupakan kesinambungan kepada Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT).

Ia bertujuan memberi sokongan buat keluarga paca-pandemik dengan peluasan manfaat kepada sebanyak 30,000 keluarga.

Bagi meningkatkan kestabilan kewangan, mengurangkan cabaran ekonomi dan memperkukuh keharmonian keluarga di Selangor, bantuan kewangan sebanyak RM300 disalurkan setiap bulan.

Bermula 1 November 2024, permohonan yang melepasi lima syarat ini layak menyertai sebagai ahli BINGKAS iaitu:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Pemilih berdaftar di Selangor.
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor lebih 10 tahun.
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
  • Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.

image is not available

Cara memohon

Untuk memohon sebagai penerima bantuan BINGKAS, layari laman sesawang rasmi https://bingkasselangor.com/.

image is not available

Tekan butang “Daftar Sekarang” dan anda akan dibawa ke bahagian pendaftaran akaun. Sebelum membuat pendaftaran, anda perlu mendaftar sebagai ahli Selangkah.

image is not available

Jika anda sudah pernah mendaftar Selangkah, log masuk menggunakan nombor telefon dan kata laluan yang sama. Setelah berjaya log masuk, anda akan dibawa ke muka “Status Permohonan”. Tekan butang “Buat Permohonan”.

image is not available

Kemudian, isi maklumat peribadi yang diperlukan termasuk butiran pekerjaan dan butiran pendapatan di muka seterusnya. Tekan butang “Hantar”. Anda juga perlu isikan maklumat anak atau tanggungan di muka seterusnya.

Tekan butang “Tambah Anak” bagi mengisi maklumat peribadi anak.

image is not available
Kredit: Bingkas Selangor

Hanya memuat naik fail berformat .jpg atau .pdf dengan saiz maksimum 5MB untuk memastikan proses pendaftaran berjalan lancar. Setelah selesai, tekan butang “Simpan”. Tambah maklumat anak atau tanggungan hingga selesai, kemudian, tekan butang “Hantar”.

image is not available
Kredit: Bingkas Selangor

Seterusnya, anda perlu mengisytihar bantuan yang anda terima di ruang Maklumat Bantuan. Kemudian, tekan butang “Hantar”.

image is not available
Kredit: Bingkas Selangor

Setelah selesai, isi pula dokumen sokongan yang diminta. Pastikan anda memuat naik fail berformat .jpg atau .pdf dengan saiz maksimum 5MB. Kemudian, tekan butang “Hantar”.

image is not available
Kredit: Bingkas Selangor

Anda hampir selesai mengisi permohonan BINGKAS. Di akhir permohonan, anda akan diminta untuk mempersetujui Perjanjian Perlindungan Data Peribadi. Baca dengan teliti, kemudian tandakan pada kotak di bahagian perakuan sebelum menekan butang “Hantar”.

image is not available
Kredit: Bingkas Selangor

Permohonan anda telah berjaya dihantar.

image is not available
Kredit: Bingkas Selangor

Pastikan anda sudah mengaktifkan akaun Selangkah Wallet di aplikasi Selangkah bagi memastikan anda dapat menerima bantuan kewangan yang dimohon.

Untuk pengetahuan, segala urusniaga pembelian menggunakan bantuan kewangan BINGKAS ini dijalankan secara tanpa tunai, iaitu melalui e-Wallet BINGKAS.

Hanya barang atau produk yang tersenarai sahaja boleh dibeli menggunakan bantuan BINGKAS. Senarai berkenaan boleh dirujuk di sini https://bingkasselangor.com/cara-pembelian#senarai-barangan.

Manakala senarai panel kedai yang terlibat dengan program BINGKAS pula boleh dirujuk menerusi pautan ini https://bingkasselangor.com/senarai-kedai.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Bingkas Selangor