Cara Mohon, Syarat & Penamatan Skim Air Darul Ehsan (SADE)

LocalPersonal Finance
26 Jun 2025 • 6:14 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Cara Mohon, Syarat & Penamatan Skim Air Darul Ehsan (SADE)

Sejak 2019, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Skim Air Darul Ehsan (SADE) di bawah Air Selangor Sdn Bhd, yang mana memberi air percuma sebanyak 20 meter padu kepada kumpulan bersasar di negeri.

Setakat tahun 2024, seramai 324,000 akaun mendaftar skim SADE. Tahun ini, Air Selangor Sdn Bhd berharap mencapai sasaran 500,000 pengguna yang berdaftar.

Bermula 1 Januari 2025, Air Selangor Sdn Bhd telah melanjutkan SADE sehingga lima tahun, dan permohonan dibuka sepanjang tahun.

Bagi mana-mana yang pemilik rumah yang tinggal di sekitar negeri Selangor, ingin membuat pendaftaran air di kediaman masing-masing boleh mendaftar di bawah SADE sementara masih percuma.

Jom ketahui dengan lebih lanjut mengenai SADE di bawah;

Apa Itu Skim Air Darul Ehsan (SADE)?

Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor warganegara Malaysia dengan pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.

Syarat-Syarat Permohonan SADE

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor

2. Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah (bagi yang telah berkahwin, ini termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara; atau bagi yang tiada pasangan/bujang).

3. Premis kediaman mempunyai meter individu.

4. Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja.

Pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20 meter padu air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan secara automatik mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS)

Tarikh Pendaftaran Skim Air Darul Ehsan

Menurut laman rasmi Air Selangor Sdn Bhd, tarikh buka dan tutup permohonan skim ini adalah pada 31 Disember 2029.

Berikut adalah tarikh dan tempoh pemprosesan permohonan SADE bagi tahun 2025;

image is not available
Gambar: Air Selangor Sdn Bhd

Langkah Permohonan SADE

Permohonan SADE boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web: www.ssipr.selangor.gov.my.

Borang permohonan boleh dimuat turun atau diperoleh melalui saluran berikut:

  • Laman web: www.airselangor.com
  • Kaunter perkhidmatan di mana-mana sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd
  • Pusat Khidmat Masyarakat (PKM)

Borang permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui e-mel ke: iprair@airselangor.com atau diserahkan di kaunter perkhidmatan mana-mana sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Penamatan & Pembatalan SADE

Bagi mereka yang ingin membuat permohonan penamatan dan pembatalan skim ini boleh dibuat berdasarkan alasan seperti berikut;

i. Berpindah ke rumah baru/premis lain

ii. Pertukaran Pemilikan Akaun Air

iii. Perintah Mahkamah untuk mengosongkan premis

iv. Penerima SADE meninggal dunia

Borang Permohonan Penamatan/Pembatalan SADE boleh dimuat turun melalui laman sesawang Air Selangor di https://www.airselangor.com/services/sade?lang=ms.

Sekiranya, pemohon sebab penamatan SADE tidak tersenarai dalam borang penamatan. Jangan bimbang, pemohon boleh membuat permohonan pembatalan dengan menyatakan alasan yang berkenaan di Bahagian B Borang Permohonan Pembatalan SADE dan dihantar untuk semakan serta tindakan lanjut.

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh merujuk butiran laman rasmi SADE atau laman web Air Selangor.

View Original Article