Cara mudah buat apam puri guna cawan, inti lebih lembut dan gerenti sedap

Cooking
27 Jan 2023 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
apam puri

KALAU kita tengok apam puri, sekali pandang tak ubah seperti karipap.

Cuma bezanya adalah kulitnya yang lembut dan inti apam biasanya menggunakan campuran jagung dan tepung kastard.

Satu lagi, kuih tradisional tersebut juga jarang-jarang sekali dijual di kedai, kalau terjumpa memang bertuahlah.

Berkongsi mengenai penyediaan sajian berkenaan, Nooridah Harun melalui hantaran di Facebook tidak kedekut share tip mudah.

Hanya menggunakan sukatan cawan metrik, resipi aduan kuih apam purinya lebih mudah disediakan dan tak renyah langsung.

image is not available

Berikut cara penyediaan apam puri yang dikongsikan beliau:

Bahan untuk inti

1 cawan santan (guna jenama Kara) [BELI DI SINI]

image is not available1 cawan tepung gandum [BELI DI SINI]
3 1/2 cawan air
3/4 cawan gula (kalau nak manis lagi bubuh 1 cawan)
1 sudu kecik garam

image is not available3 sudu besar tepung kastard [BELI DI SINI]
3 sudu besar jagung tin [BELI DI SINI]

image is not availableSedikit perisa jagung
Pewarna kuning

Cara penyediaan:
1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga sebati.
2. Masak adunan dengan api kecil sehingga bertukar warna berkilat.

Tip: Jika aduan lembik, jangan bimbang kerana bila sejuk nanti ia akan keras.

Bahan untuk kulit:
2 cawan air

image is not available2 cawan tepung gandum [BELI DI SINI]
1 biji telur
1 sudu kecil double action/baking powder [BELI DI SINI]

image is not availableSedikit garam
Pewarna kuning atau hijau

Cara penyediaan:
1. Campurkan semua aduan.
2. Perap selama 10 hingga 15 minit untuk dapatkan lubang kecil pada kulit.
3. Masak di atas pan.
4. Kulit yang dah siap, sejukkan dulu.
5. Letak inti dan tekap kulit menggunakan acuan karipap.
6. Siap untuk dihidang.

image is not available

image is not available

Mudah jer nak buat kuih apam puri,kan? Paling penting, bahan-bahan yang diperlukan memang senang nak dicari.

Jadi, bolehlah kalian cuba dan jadikan menu santapan petang buat seisi keluarga sempena cuti hujung minggu.

Kalau dah siap, sharelah kat ruangan komen kami.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.