Cara Mudah Gilap Lantai Kayu Guna Dua Bahan Dapur Ini

Home & Living
12 Mar 2026 • 3:18 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Cara Mudah Gilap Lantai Kayu Guna Dua Bahan Dapur Ini

Menjelang hari raya, ramai mula mengambil kesempatan untuk melakukan kerja-kerja mengemas dan membersihkan rumah secara menyeluruh.

Dari ruang tamu hingga ke dapur, semuanya 'disental' agar kediaman tampak lebih selesa untuk menerima tetamu di pagi raya.

Perabot, langsir dan pelbagai hiasan rumah juga biasanya akan dibersihkan atau disusun semula supaya suasana rumah terasa lebih segar. Malah, ada yang sanggup meluangkan masa menggilap semula perabot lama agar kelihatan seperti baru.

Bagi anda yang mempunyai lantai kayu, kesan calar yang ada pasti membuatkan anda 'sakit mata'.

Kali ini, min kongsikan dengan anda satu petua mudah yang boleh dicuba hanya dengan menggunakan dua bahan dapur ini.

image is not available

Menurut perkongsian seorang pengguna Thread, @azam,monson, anda hanya perlukan minyak zaitun dan cuka.

Dengan menggunakan nisbah 40:60, dua bahan ini boleh membantu anda menyelenggara lantai yang diperbuat daripada kayu.

image is not available
Kredit: Thread Azam Halim

"Lantai papan kayu pun boleh. Saya buat pengilat fretboard gitar," kongsi lelaki berkenaan.

Baca juga:

Cara gunakan campuran gilap lantai kayu

Menerusi video perkongsiannya, hanya dengan mengelap lantai kayu menggunakan campuran kedua bahan ini, lantai kayu tersebut bertukar kelihatan seperti baru disapu syelek.

Tanpa menggunakan air, campurkan 40 bahagian minyak zaitun dengan 60 bahagian cuka ke dalam satu botol penyembur.

image is not available
Kredit: Thread Azam Halim

Anda boleh juga menambah sedikit minyak pati lemon untuk dijadikan wangian.

Selain itu, beberapa titis vitamin E asetat juga boleh ditambah ke dalam bancuhan tadi.

"Sesuai untuk rumah yang pakai pendingin hawa 24 jam, elak dari berkulat," jelasnya lanjut.

Kemudian, semburkan campuran itu pada bahagian yang ingin digilapkan.

Setelah itu, sapu bahagian yang telah disembur menggunakan kain buruk sehingga campuran menjadi rata. Tanpa perlu menggosok dengan kuat, permukaan lantai kelihatan cantik tanpa cela.

Petua ini juga boleh digunakan bagi menggilap perabot kayu.

Lelaki berkenaan turut berkongsi pengalamannya mengelap lantai kayu menggunakan campuran ini.

"Dulu permukaan lantai kayu rumah sewa terjejas sebab pertukaran musim. Nak elak didenda, ni je teknik dia. Orang Jepun pun hairan," kongsi lelaki tersebut.

Selamat mencuba.