Cara mudah hasilkan brownies, berkedut cantik, mewah rasa coklat, semua orang boleh buat

Cooking
14 Feb 2023 • 1:55 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

BROWNIES menu mudah untuk disediakan. Sama ada untuk santapan sendiri atau dijadikan buah tangan, brownies sangat senang dibuat. Sudahlah mudah, ia mewah dengan rasa coklat dan berkedut cantik!

Pengguna Facebook yang juga home baker, Ana Mohd berkongsi resipi sajian dessert terkenal seluruh dunia ini.

image is not available

“Buat brownies paling senang berbanding kek, tak perlu mixer bagai. Kedut atau tidak tetap dipanggil brownies. Rasa sama je, insya-ALLAH.

“Mungkin ada yang tak tahu brownies boleh tahan sampai seminggu pada suhu bilik kalau bakar dengan elok. Tak perlu simpan dalam peti ais,” kongsi Ana yang turut menitipkan resipi brownies kurang manis.

BROWNIES KURANG MANIS

A
400 gram coklat masakan gelap Beryl’s [BELI DI SINI]
150 gram mentega atau marjerin [BELI DI SINI]

B
3biji telur gred B (telur fresh jangan guna yang lama)
100 gram gula perang [BELI DI SINI]
Esen vanila [BELI DI SINI]

1.Cairkan bahan A sama ada secara double boiler atau menggunakan microwave.
2.Kacau sebati bahan B tanpa menggunakan pengadun.
3.Bahan C diayak.
4.Masukkan bahan A (yang masih panas) ke dalam bahan B.
5.Kacau sebati kemudian masukkan bahan C. Kaup balikkan hingga rata.
6.Masukken ke dalam loyang saiz sembilan atau 10 inci yang sudah dilapik baking paper.
7.Panaskan dan bakar pada suhu 130 atas bawah. Penting untuk kenal oven masing-masing. Bakar selama 45 hingga 50 minit.

image is not available

TIP
1-kalau tidak ada tepung naik sendiri, anda boleh guna tepung gandum yang diayak dengan satu sudu kecil baking powder.
2-Pastikan telur digunakan segar.
3-Tidak perlu kacau kuat.
4-Ketika bakar adunan masih suam.

Menurut Ana, brownies ini teksturnya fudgy, padat dan moist.

Selamat mencuba.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

View Original Article