Cara Mudah Kesan Tanah Lot Guna Aplikasi MyLot

11 Jun 2023 • 6:40 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Cara Mudah Kesan Tanah Lot Guna Aplikasi MyLot

Tanah lot merupakan tanah yang dibahagikan kepada plot-plot kecil yang terdiri daripada Tanah Rizab Melayu sama ada pegangan bebas atau pegangan sementara yang dimiliki oleh penduduk di negara ini.

Terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui pemilik tanah sebelum memulakan sesuatu pembinaan di kawasan itu terutamanya yang berkongsi tanah lot bersama orang asing.

Kadang-kadang ramai yang keliru dengan keluasan tanah yang dimiliki kerana tidak tahu ukuran yang tepat disebabkan tidak dapat melihat secara menyeluruh.

Pun begitu, pengguna Facebook Arif Syazwan merangkap juruukur tanah berkongsi kepada orang ramai berkaitan cara untuk meninjau kedudukan lot tanah.

Dalam perkongsian video, dia menunjukkan cara tersebut menggunakan aplikasi MyLot yang dibangunkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM).

Perkara ini memudahkan orang ramai untuk melihat keluasan tanah sebelum mendirikan sesebuah bangunan atau rumah di kawasan itu.

Ikuti cara mudah di bawah ini.

Cara kesan tanah lot guna MyLot

Yang pertama sekali adalah untuk mengetahui nombor lot tanah. Pemilik boleh melihat kepada geran mukim untuk dapatkan maklumat berkaitan nombor tersebut.

image is not available
Kredit: Arif Syazwan/Facebook

Selepas itu, buka aplikasi MyLot untuk mengisi semua maklumat supaya mengetahui kelebaran tanah.

image is not available
Kredit: Arif Syazwan/Facebook

Kemudian, pilih penetapan negeri tanah tersebut sebelum memasukkan maklumat yang lebih terperinci.

Aplikasi itu akan mengecilkan gambaran dan hanya menunjukkan negeri tanah lot itu sahaja.

image is not available
Kredit: Arif Syazwan/Facebook

Tekan carian dan masukkan maklumat di bahagian Lot iaitu nombor lot, negeri, daerah dan mukim.

image is not available
Kredit: Arif Syazwan/Facebook

Langkah seterusnya adalah menekan butang carian dan peta akan menunjukkan kedudukan tanah lot tersebut.

Tekan di bahagian tanah itu untuk mendapatkan maklumat.

image is not available
Kredit: Arif Syazwan/Facebook

Sekiranya ingin melihat dengan lebih realistik, aplikasi itu juga memaparkan gambaran nyata yang boleh dilihat dengan persekitaran rumah, pokok dan sebagainya.

Pilih tetapan peta asas dan kemudian tekan Google Satelite.

image is not available
Kredit: Arif Syazwan/Facebook

image is not available
Kredit: Arif Syazwan/Facebook

Cara ringkas ini memudahkan pemilik untuk mengesan kedudukan serta kelebaran tanah yang dimiliki.

Lihat video penuh di sini.

Sumber: Arif Syazwan/Facebook