Cara orang China sejukkan badan, minum air buah luo han guo. Ini cara nak buat sendiri

Cooking
13 Oct 2023 • 2:30 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

DALAM keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang yang mana sebelah siang panas dan berjerebu, sementara pada waktu malam hujan berpanjangan, kita memang kena jaga makan dan minum.

Sebut fasal minuman, SinarPlus baru-baru ini terjumpa resipi air buah luo han guo.

Selain dapat menghilangkan dahaga, hirup air tersebut sejuk-sejuk memang layan.

Berdasarkan fakta, air luo han guo atau turut dikenali sebagai buah Buddha adalah salah satu hidangan penyejuk badan yang patut dicuba.

image is not available

Ia tentu sahaja boleh dibuat sendiri di rumah.

Jadi, dapatlah kita kawal bahan dan rasanya mengikut selera masing-masing.

 

Seorang pengguna Facebook, Noor Cheah ada berkongsi cara yang paling mudah membuat air luo han guo.

Berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaanya.

image is not available

AIR BUAH LUO HAN GUO

Bahan-bahan
1 biji buah luo han guo [BELI DI SINI]
Segengam buah longan kering [BELI DI SINI]
3 biji buah mi zao [BELI DI SINI]
Sedikit fungus (jika ada) [BELI DI SINI]
Gula batu [BELI DI SINI] atau gula tebu [BELI DI SINI]
Air secukupnya

image is not available

image is not available

Cara penyediaan:
1. Buah luo han guo perlu dipecah-pecahkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam air.
2. Satukan bahan-bahan lain dan rebus menggunakan api sederhana sehingga suku daripada jumlah air berkurangan.
3. Rasa tahap kemanisannya.
4. Sedia untuk dihidang.

Senang betul caranya? Apa kata, start enjin atau beli sahaja bahan-bahan di platform Shopee atau Lazada.

Hasilnya pasti banyak dan boleh diminum berulang kali.

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

View Original Article