"Cara Sebenar Layan Pelanggan!" - Netizen Puji Reaksi Peniaga Terima Aduan Pelanggan Dalam Live

10 Feb 2023 • 12:27 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Sejak kebelakangan ni, banyak betul klip video viral tentang layanan peniaga yang biadap terhadap pelanggan. Biarpun makanan yang dijual sedap, namun pelanggan tetap memerhati budi bicara peniaga terhadap mereka.

Baru-baru ini viral di platform TikTok, satu video yang dimuatnaik oleh @dwarungkakatie yang menarik perhatian netizen. Respon spontan beliau ketika satu sesi live terhadap satu aduan dari pelanggan raih pujian netizen.

Berdasarkan video, pelanggan tersebut membuat aduan tentang satu hidangan yang diterimanya agak masin dan pedas. Sebaik mendengar aduan tersebut, Kak Atie tidak melenting bahkan tenang memberi respon dengan sopan dan menjelaskan beberapa sebab mengapa hidangan itu masin.

Mengakui kesalahan dari kedainya, Kak Atie tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap hidangan tersebut. Reaksi pelanggan yang pada mulanya kecewa, terubat kerana reaksi begitu baik dari Kak Atie.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved