Cara Semak Kelayakan Program PLKN 3.0 Siri 2/2025

LocalPolitics
23 Apr 2025 • 7:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Cara Semak Kelayakan Program PLKN 3.0 Siri 2/2025

Seperti yang diketahui, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 2/2025 akan bermula dari 11 Mei hingga 24 Jun ini (45 hari).

Menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam kenyataan semalam, program latihan ini akan dilaksanakan di dua lokasi iaitu Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah di Pekan, Pahang.

Difahamkan, seramai 550 pelatih dijangka dipilih menjalani latihan berbentuk fizikal, mental dan sivik yang merangkumi modul berintegrasikan 70 peratus latihan asas ketenteraan dan 30 peratus berdasarkan komponen kenegaraan

Bagi Siri 2 / 2025 ini, individu kelahiran tahun 2007 akan dipilih secara rawak melalui sistem PLKN 3.0.

Semakan boleh dilakukan secara atas talian bermula 22 April 2025, semalam.

Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan cara membuat semakan bagi PLKN Siri 2/2025 di bawah.

Cara Semak Kelayakan PLKN Siri 2 / 2025

Semakan boleh dilakukan melalui Sistem PLKN 3.0 (Semakan E-PLKN 3.0) bermula 22 April 2025 atau pun imbas kod QR di bawah atau menerusi laman sesawang rasmi jabatan itu di https://jlkn.mod.gov.my/.

 

image is not available
Gambar: Jabatan Latihan Khidmat Negara

image is not available
Gambar: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)

image is not available
Gambar: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)

Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan dalam ruangan yang tersedia untuk meneruskan semakan anda di laman web seperti dalam paparan ePLKN dan tekan semak sama ada anda TERPILIH ataupun TIDAK TERPILIH.

Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi talian berikut (waktu pejabat) : 03-4012 7306 / 03-4012 6151 / 03-4012 6538