Cara Semak Permohonan Ke MRSM Sesi 2025

13 Jan 2025 • 3:04 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Cara Semak Permohonan Ke MRSM Sesi 2025

Semakan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi persekolahan tahun 2025 kini dibuka bermula 13 Januari (hari ini).

Proses semakan ini boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman web rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Cara membuat semakan

Semakan tawaran boleh dilakukan melalui pautan berikut:

1. Tingkatan 1: Klik di sini.

2. Tingkatan 4: Klik di sini.

Untuk info, makluman kepada pemohon yang berjaya telah dihantar melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau e-mel yang didaftarkan semasa permohonan dibuat.

Pemohon diminta untuk mengesahkan penerimaan tawaran dalam tempoh tujuh (7) hari. Sekiranya tiada pengesahan diterima, tawaran tersebut akan dianggap ditolak.

Dalam pada itu, bagi pemohon yang layak dan masih belum mendapat tawaran boleh membuat semakan pada 13 Jan, semakan kedua (27 Jan), semakan ketiga (3 Mac) dan semakan keempat (17 Mac).

image is not available
Kredit: MARA

Selamat maju jaya.

Sumber: MARA