Cara Semak Status STR Guna MyGOV

LocalPersonal Finance
6 Jan 2026 • 3:24 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Cara Semak Status STR Guna MyGOV

Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai bantuan disalurkan buat rakyat secara lebih sistematik dan berperingkat. Sehubungan dengan itu, orang awam digalakkan membuat semakan status penerimaan bantuan secara berkala. Perkara ini bagi mengelakkan berlaku kekeliruan.

Bagi memudahkan urusan penyemakan menerusi sumber yang sahih, kerajaan telah melancarkan aplikasi perkhidmatan MyGOV Malaysia pada Julai tahun lalu.

Dengan adanya aplikasi ini, pelbagai urusan dapat diselesaikan tanpa perlu ke kaunter berulang kali.

Aplikasi MyGOV merupakan satu pusat rujukan sehenti bagi perkhidmatan umum yang kerajaan Malaysia tawarkan.

Selain daripada membuat semakan, menghantar permohonan dan menerima maklumat terkini berkaitan bencana, aplikasi ini turut menawarkan fungsi memeriksa status penerimaan bantuan kewangan.

Ambil perhatian, pengguna perlu mempunyai pengenalan MyDigital ID terlebih dahulu. Anda juga perlu memastikan aplikasi MyDigital ID anda versi 2.3.2 agar proses log masuk ke MyGOV lebih lancar.

Ikuti panduan ringkas berkenaan langkah-langkah membuat semakan STR di bawah.

BACA: Ramalan Awal Banjir Libat Tiga Negeri Bermula Isnin – JPS

Cara semak STR melalui MyGOV

1. Muat turun aplikasi MyGOV menerusi platform yang sah. Bagi pengguna Android, MyGOV tersedia di Google Play Store manakala pengguna Apple boleh memuat turun aplikasi ini di App Store.

2. Selepas aplikasi dipasang, klik butang Open. Kemudian, tekan ‘Teruskan ke Halaman Utama’.

image is not available

3. Anda akan dibawa ke halaman utama MyGOV. Klik ‘Log Masuk’.

image is not available

4. Jika anda sudah mempunyai akaun MyDigital ID, pilih ‘Saya sudah mempunyai MyDigital ID’ dan tekan ‘Teruskan ke login’.

image is not available

BACA: “Servis tip top…” Wanita Kongsi Pengalaman Di Spa & Salun Penjara Kajang

5. Seterusnya, klik ‘Log In with MyDigital ID‘. Anda akan menerima paparan pengesahan.

image is not available

6. Klik ‘YA’ di bahagian paparan pengesahan.

image is not available

7. Setelah anda berjaya log masuk, maklumat mengenai bantuan kewangan yang anda layak terima seperti STR akan terpapar di halaman utama MyGOV.

image is not available

Semoga bermanfaat.

@mydigital_id

Nak cek MySTR? Tak payah pening. Log masuk aplikasi MyGOV guna MyDigital ID je, terus boleh lihat bantuan kewangan yang diterima dengan lebih pantas dan selamat #MyDigitalID #MyGOV #MySTR #DigitalMalaysia #SelamatPantasMudah

♬ Fe!n Drill – DJ IGOR BERTOLI

BACA: “Rasa Sayu Tapi Syukur,” ‘Lampu Hijau’ PPUM Kembali Dinyalakan

BACA: “Tak Pernah Serius…” Tanya Warna Baju Seragam Tadika KEMAS, Dekah Baca Jawapan Netizen

BACA: Bukan Peringatan Biasa, Jurutera Perisian Jelaskan Maksud “Encrypted” Di WhatsApp

The post Cara Semak Status STR Guna MyGOV appeared first on Siakap Keli.