Cara Untuk Pastikan Pusat Kecantikan Estetik Anda Berlesen dan Berdaftar Bawah KKM

13 Jul 2022 • 7:21 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kalau ada pusat yang menyediakan servis ‘berlebihan’ pada harga yang murah sehingga tak masuk akal tu kena berjaga-jaga, ya.

Cara Untuk Pastikan Pusat Kecantikan Estetik Anda Berlesen dan Berdaftar Bawah KKM. Tiada yang lebih menakutkan daripada meletakkan kepercayaan anda kepada seorang ‘ahli estetik’ atau ‘doktor’ yang tidak mempunyai pelesenan dan pensijilan yang betul untuk melaksanakan prosedur perubatan estetik.

Baru-baru ini telah tular bahawa seorang wanita mempunyai kesan sampingan akibat prosedur ‘sulam lesung pipi’ di salah sebuah ‘pusat kecantikan’. Hal ini terjadi apabila sebuah pusat kecantikan ini menyediakan servis yang membahayakan dan tidak diluluskan oleh pihak KKM.

image is not available
Cara Untuk Pastikan Pusat Kecantikan Estetik Anda Berlesen dan Berdaftar Bawah KKM. Sumber gambar : Ohbulan

Ianya juga peringatan buat kita juga untuk memikirkan kesan-kesan yang bakal kita hadapi sebelum menghantar diri ke mana-mana pusat kecantikan estetik yang tidak berdaftar.

Jika harganya jauh lebih rendah daripada pusat yang bertauliah mesti ada sesuatu yang tidak kena

Jangan disebabkan harganya yang murah, kita sanggup menerima prosedur yang tidak tahu akan kesan sampingan seumur hidup termasuk kecacatan kekal. Kita tidak tahu bahan apa yang digunakan, jika harganya jauh lebih rendah daripada pusat yang bertauliah mesti ada sesuatu yang tidak kena.

Perubatan Estetik atau Medical Aesthetic ialah istilah yang merujuk kepada amalan perubatan yang merangkumi dalam bidang khas untuk memenuhi kehendak estetik dan matlamat pelanggan. Contohnya, perubatan ini memberi tumpuan dalam pembaikan rupa bentuk wajah, kulit dan badan berasaskan kaedah dan produk saintifik.

Mana-mana pihak didapati melakukan kesalahan di bawah seksyen ini, boleh didenda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya. Sementara bagi suatu kesalahan dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan boleh didenda sehingga RM500,000.

Oleh itu, hanya pengamal perubatan yang berdaftar sahaja dibenarkan menjalankan prosedur estetik di Malaysia.

image is not available
Ini Adalah Cara Untuk Memastikan Pusat Kecantikan Estetik Anda Berlesen dan Berdaftar Bawah KKM. Sumber gambar: Shutterstock

Perbezaan antara Doktor Perubatan Estetik dengan Pakar Kecantikan (Beautician).

Menurut Malaysia Aesthetic, pakar kecantikan atau dalam erti kata lain, Beautician, kebanyakannya adalah mereka yang kurang latihan formal dalam melaksanakan beberapa prosedur ini atau untuk mengenali dan menangani sebarang komplikasi yang mungkin timbul daripada rawatan.

Jika berlakunya komplikasi yang berpunca dari pakar kecantikan tersebut, kena ingatkan bahawa ianya tidak akan ditanggung oleh insurans. Bukan sahaja kredibiliti beautician ini dipersoalkan tetapi prosedur sering dilakukan dalam persekitaran yang tidak disteril seperti bilik hotel dan salon kecantikan. Persekitaran tempat yang sedemikian boleh meningkatkan risiko jangkitan dan komplikasi lain.

Manakala Doktor Perubatan Estetik pula, bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjelaskan kepada pesakit apa prosedur yang sesuai dan apa yang tidak sesuai untuk kulit mereka kerana doktor mengetahui latar belakang perubatan pesakit dan mereka akan merawat komplikasi jika ia berlaku. 

Bagaimana memastikan pusat kecantikan estetik ini berdaftar bawah KKM?








image is not available
Semak Sijil Perakuan Amalan Tahunan.

image is not available
Contoh lesen LCP (Letter of Credentialing and Previleging)

Ketua Pengarah Kesihatan berkata, beliau menasihatkan mana-mana individu yang berhasrat mendapatkan rawatan estetik hendaklah mendapatkan rawatan di KPJKS yang berdaftar atau berlesen.

Oleh itu, kena fikir masak-masak sebelum menghantar diri ke mana-mana pusat kecantikan yang offer harga ‘murah’ tu. Akhir kalam, min nak cakap kena sayang diri sendiri, okay? You’re beautiful just the way you are <3

Lagi di sini: