Cara wujudkan menu drop-down di Microsoft Excel

22 Dec 2022 • 10:52 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Salah satu manfaat bila kita gunakan menu hamparan untuk memasukkan data di dalam spreadsheet Microsoft Excel adalah ia boleh membasmi ralat. Kalau kita masukan secara manual, risiko typo adalah tinggi dan kesannya jadi signifikan sekiranya anda mengendalikan data yang besar. Jadi, sekiranya ada menu hamparan yang sudah ada pilihan yang telah disediakan terlebih dahulu untuk dipilih, ia bakal memudahkan kerja.

Ini adalah cara untuk wujudkan menu hamparan di Microsoft Excel.

1. Wujudkan pilihan terlebih dahulu dalam setiap sel.

image is not available

2. Kemudian cari klik sel tempat anda nak wujudkan menu hamparan dan cari fungsi Data Validation dalam tab berkategori Data Tools.

image is not available

image is not available

3. Di bahagian Validation Criteria, cari pilihan List dalam menu hamparan.

image is not available

4. Masukkan julat sel pilihan yang anda telah wujudkan di Langkah 1.

image is not available

5. Tekan OK dan selesai

image is not available

View Original Article