Cardi B Kagum Semangat Umat Islam -“Saya Tak Boleh Puasa, Otak Sakit Dengar Suara Pelik”

WorldEntertainment
25 Feb 2026 • 6:31 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Penyanyi rap wanita sensasi global, Cardi B, tidak dapat membayangkan andai dirinya dilahirkan sebagai seorang Muslim, terutama berdepan dugaan menahan lapar dan dahaga sepanjang bulan Ramadan.

image is not available

Cardi B Kagum Semangat Umat Islam

Cardi, atau nama sebenarnya Belcalis Marlenis Almánzar, 34, berkata dalam satu sesi siaran langsung bersama peminat bahawa sekiranya menahan lapar selama tiga jam pun, dia akan kehilangan kewarasan minda.

“Untuk peminat saya beragama Islam yang sambut Ramadan, saya nak cakap, Tuhan memang takdirkan saya tak lahir sebagai seorang Muslim.
“Kalau saya bangun tidur dan tak makan selama tiga jam, otak saya akan sakit, akan dengar banyak suara-suara pelik.
“Saya memang tiada kekuatan untuk menjadi seorang Muslim,” katanya.

image is not available

Dalam potongan video terbabit, pelantun lagu Bodak Yellow itu dilihat bersahaja sedang menikmati kentang goreng dengan sos selepas melunaskan konsert jelajah Little Miss Drama Tour.

Artikel lain:  Pilih Nama Aqeel & Ucap Syahadah, Rapper Terkenal Britain Sah Peluk Islam

Bagaimanapun, Cardi melahirkan kekaguman terhadap semangat orang Islam yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk menahan lapar dan dahaga demi mengabdikan diri kepada Ilahi.

image is not available

“Saya tak boleh hidup dalam kelaparan. Muslim boleh korbankan apa sahaja termasuk makanan, minum dan segala-galanya untuk Tuhan mereka.
@notorious_media0

I can’t go three hours without eating #cardib #fyp #goviral #ramadan

♬ original sound – Notorious The Promoter

“Mereka sayang Tuhan mereka sangat-sangat. Saya kagum apabila orang setia dan taat kepada Pencipta-Nya,” katanya lagi.

Sumber: TikTok notorious_media0

The post Cardi B Kagum Semangat Umat Islam -“Saya Tak Boleh Puasa, Otak Sakit Dengar Suara Pelik” appeared first on Borak Daily.