
Cari Imam Tarawih, Netizen Puji Masjid Ini Tawar Elaun Tinggi Cecah RM6,000
Tindakan Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, Bandar Kuala Krai, Kelantan menawarkan elaun tinggi untuk peranan imam tarawih mendapat perhatian warga maya.
Dalam pengumuman yang dibuat di laman facebook, masjid berkenaan menawarkan elaun mencecah RM6,000.
Menurut masjid berkenaan, individu yang berminat diminta menghantar resume kepada pihak masjid selewat-lewatnya pada 24 Februari ini.
Resume tersebut boleh dihantar ke alamat emel masjid iaitu masjidtgfarispetra@gmail.com.
Masjid itu berkata, keutamaan bagaimanapun diberikan kepada calon yang bermukin di jajahan Kuala Krai.
Meninjau ke ruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata pengguna Facebook bersetuju dengan iklan yang ditawarkan oleh masjid berkenaan.
Mereka dilihat memuji tindakan masjid tersebut menawarkan elaun yang tinggi, berpadanan dengan peranan yang bakal digalas imam berkenaan nanti.
“Terbaik pengurusan masjid,” tulis seorang pengguna.
“Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan. Aminn ya Rabbal’alaminn,” tulis seorang lagi pengguna.
Setakat ini, hantara iklan berkenaan sudah pun mendapat lebih 900 tanda suka dan dikongsi lebih 1,400 kali oleh warga maya.
Sumber: Facebook/Masjid Tengku Muhammad Faris Petra Bandar Kuala Krai
The post Cari Imam Tarawih, Netizen Puji Masjid Ini Tawar Elaun Tinggi Cecah RM6,000 appeared first on Siakap Keli.

