Cari ketenangan, Will Smith baca 30 juzuk al-Quran bulan Ramadan, mengaku tertarik dengan kisah Nabi Musa

21 Mar 2024 • 5:44 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PELAKON Hollywood, Will Smith membuat pengakuan bahawa dirinya sudah membaca Al-Quran sepanjang bulan Ramadan tahun lepas.

Menerusi sesi audio siar Big Time Podcast bersama wartawan Mesir, Amr Adeeb baru-baru ini, aktor berusia 55 tahun itu turut berkongsi pandangan bahawa kitab Taurat, Zabur dan Injil bersambung hingga ke al-Quran.

“Saya suka kesederhanaan, ayat al-Quran begitu jelas dan ia adalah telus. Sukar untuk kita salah faham.

“Semangatnya sangat dan jelas. Saya tidak pernah benar-benar memahami Ibraham sebagai bapa dan kemudian berpisah dengan anaknya, Ishak dan Ismail dan sangat indah untuk mendapatkan penyempurnaan pemahaman itu,” ujar Smith.

image is not available

Smith juga menambah beliau tertarik dengan kisah Nabi Musa AS kerana memberi kesan positif terhadap dirinya.

“Saya kagum melihat banyak rujukan tentang Nabi Musa dalam al-Quran,” katanya.

Pelakon The Fresh Prince of Bel-Air dan The Pursuit of Happyness itu terdahulu pernah tular selepas menampar Chris Rock selepas pelawak itu mempersendakan keadaan rambut isterinya, Jada Pinkett yang menghidap alopecia.

Susulan insiden di atas pentas di Oscar dua tahun lalu, Motion Picture Academy melarang Smith daripada menghadiri acara Oscars atau mana-mana acara akademi lain selama 10 tahun.

image is not available

Beliau bagaimanapun kemudian meminta maaf kepada Rock dalam satu kenyataan selepas Oscar dan mengakui kesalahannya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!