Carian ‘Bitcoin’ Di Google Meletup Ketika Harga BTC Turun Naik!

WorldBusiness & Finance
9 Feb 2026 • 11:00 AM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

image is not available

Bitcoin kembali menjadi tumpuan apabila carian Google untuk perkataan ‘Bitcoin’ melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 12 bulan.

Lonjakan ini berlaku seiring dengan pergerakan harga Bitcoin yang sangat tidak menentu, apabila aset kripto terbesar dunia itu jatuh mendadak ke paras sekitar $60,000 sebelum kembali melonjak semula melepasi USD70,000.

Data Google Trends menunjukkan carian global untuk ‘Bitcoin’ mencapai skor maksimum 100 pada awal Februari, menandakan perhatian besar daripada pelabur runcit. 

Fenomena ini sering dilihat apabila pasaran mengalami kejatuhan atau lonjakan harga yang ketara, kerana orang ramai mula mencari maklumat sama ada untuk memahami situasi atau mempertimbangkan peluang pelaburan.

Situasi ini turut menarik perhatian penganalisis pasaran. 

Ketua Bitwise Eropah, André Dragosch, menyifatkan peningkatan carian ini sebagai petanda bahawa pelabur runcit sedang kembali ke pasaran kripto. 

Pandangan ini disokong oleh data CryptoQuant yang menunjukkan pelabur dari Amerika Syarikat mula membeli Bitcoin semula selepas harga mencecah paras $60,000.

Namun begitu, sentimen pasaran masih dibayangi ketakutan. 

Indeks Crypto Fear & Greed jatuh ke tahap ‘Extreme Fear’, mencerminkan kebimbangan pelabur terhadap ketidaktentuan pasaran. 

Menariknya, situasi sebegini sering dianggap oleh pelabur berpengalaman sebagai peluang, kerana harga aset biasanya dinilai rendah ketika ketakutan berada di tahap maksimum.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved