Carian Fail Pada Copilot+ PC Kini Lebih Pintar Memahami Konteks Dibantu Oleh AI

TechnologyDigital
2 Oct 2024 • 10:37 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Proses mencari fail dalam komputer ialah antara perkara yang boleh mendatangkan kemarahan kerana gambar mungkin tidak dinamakan dengan betul (semuanya mungkin dinamakan images.jpg) dan dokumen pula hilang kerana lupa di mana ia disimpan. Bagi pengguna Copilot+ PC, isu ini akan berakhir kerana sistem carian fail di dalam Windows 11 akan menjadi lebih pintar kerana kini dibantu oleh kecerdasan buatan (AI).

image is not available

Kotak carian Windows kini memahami konteks dengan pengguna boleh bertanya seperti bercakap dengan seorang manusia. Sebagai contoh anda boleh bertanya “bagaimana memasang fon kepala bluetooth kepada PC” dan Windows 11 akan terus memberikan tetapan untuk bluetooth.

Seterusnya anda juga boleh bertanya “gambar hari raya tahun lalu” dan gambar-gambar yang dirasakan memenuhi kriteria ini akan dipaparkan dalam keputusan carian termasuklah gambar yang dimuat naik ke OneDrive.

Ciri ini akan diberikan terlebih dahulu pada File Explorer sebelum kemudiannya dikembangkan ke Windows Search dan bahagian Settings komputer secara berperingkat di bulan-bulan mendatang.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved