Carian Google Search Akan Memaparkan Label Pada Imej Yang Dijana AI

TechnologyDigital
11 May 2023 • 2:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Google menyedari isu mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang boleh menjana imej. Mereka sendiri mempunyai AI Imagen yang boleh melakukan tugs ini sebaik DALL.E 2 dan Midjourney. Di Google I/O pagi ini mereka mengumumkan kelak Search akan memaparkan maklumat lebih terperinci pada imej muncul dalam keputusan carian yang dilakukan pengguna.

image is not available

Sebagai contoh setiap imej akan diberikan pilihan melihat maklumat mengenai sejarah imej seperti bila ia kali pertama muncul di internet dengan menekan butang About this image. Dengan konteks ini pengguna boleh mengetahui sama ada imej tersebut asli ataupun telah dimanipulasi.

image is not available

Lebih penting ialah Search akan memaparkan label baharu yang memberikan maklumat sekiranya imej tersebut dijana oleh AI. Label akan dipaparkan di bawah imej dengan sumber ia dijana oleh Imagen atau Shuttercock.AI misalnya. Ciri ini akan diberikan secara berperingkat ke semua pengguna dalam bulan- bulan mendatang.