Carl Pei Mengesahkan Nothing Phone (2) Akan Dilengkapi Dengan Cip Snapdragon 8+ Gen 1

TechnologyDigital
19 May 2023 • 11:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Persoalan mengenai cip pemprosesan yang bakal digunakan pada Nothing Phone (2) akhirnya terjawab. Cip Snapdragon 8+ Gen 1 akan digunakan sebagai tunjang utama peranti dan hal ini disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Nothing, Carl Pei menerusi salah satu ciapan terkini.

Sedar jadi bahan bualan, Carl Pei menerusi ciapan yang sama turut berkongsi lanjut mengenai perbezaan utama yang terdapat pada peranti generasi akan datang mereka. Carl Pei berkata, pemilihan cip Snapdragon 8+ Gen 1 adalah atas sebab tertentu.

Antaranya seperti Nothing Phone (2) dikatakan mampu menawarkan prestasi sehingga 80% lebih baik dengan proses membuka aplikasi dua kali lebih pantas berbanding generasi sebelum ini. Pemilihan cip ini juga menjadi kemaskini lebih baik berbanding siri Snapdragon 7 pada Nothing Phone (1) sebelum ini.

Di mana ia dikatakan mampu memberi peningkatan ketara untuk keseluruhan termasuklah hayat bateri, sambungan rangkaian, keupayaan kamera dan sebagainya.

image is not available

Tambah Carl Pei lagi, cip Snapdragon 8+ Gen 1 secara umumnya menyokong imej 18-bit yang membolehkan lebih daripada 4000kali data dapat diambil pada gambar. Hasilnya kamera Nothing Phone (2) mampu menawarkan ciri canggih seperti RAW HDR dan rakaman 4K/60fps.

Nothing Phone (2) juga akan terus dioptimumkan melalui banyak kemaskini untuk pengalaman pengguna lebih baik. Peranti ini disahkan tiba pada tahun ini tanpa tarikh pelancaran yang dikongsi secara khusus buat masa ini.