CAROcafe Kota Kinabalu, Cafe Minimalis Yang Anda Wajib Cuba

16 Jan 2024 • 11:42 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bukan sahaja makanannya sedap, suasana kafe juga menenangkan

CAROcafe Kota Kinabalu, Cafe Minimalis Yang Anda Wajib Cuba. Sekiranya anda berada di Kota Kinabalu, ada satu cafe anda harus cuba. Terletak di Inanam, kafe ini menawarkan pelbagai comfort food yang pasti membuatkan anda berasa puas.

Pilih sama ada pizza, nasi, pasta atau bagel

Makanan yang dihidangkan di CAROcafe adalah gabungan pengaruh barat dan Asia, dengan piza, pasta, burger dan nasi pada menu mereka.

Jika anda mencari tempat untuk makan tengah hari, anda boleh memilih untuk mencuba pasta mereka seperti Pasta Kerang, Pasta Telur Masin, Tenderloin Salmon, Alfredo Pasta dengan Grilled Chicken, Tom Yum Spaghetti dan sebagainya.

image is not available
CAROcafe Kota Kinabalu, Cafe Minimalis Yang Anda Wajib Cuba. Nasi grilled salmon dengan sos teriyaki. Kredit: IG @carocafemy

Jika anda lebih suka nasi, mereka juga menghidangkan Grilled Salmon dengan sos teriyaki, Gyudon, Chicken Teriyaki, Indian Butter Chicken Rice dan Nasi Lemak.

Bagi penggemar pizza pula, anda boleh memilih daripada Margarita Pizza, Fungi Pizza, Hot Smoked Holsin Duck Pizza dan Hawaiian Pizza klasik!

image is not available
CAROcafe Kota Kinabalu, Cafe Minimalis Yang Anda Wajib Cuba. Kredit: IG @carocafemy

image is not available
CAROcafe Kota Kinabalu, Cafe Minimalis Yang Anda Wajib Cuba. Kredit: IG @carocafemy

image is not available
CAROcafe Kota Kinabalu, Cafe Minimalis Yang Anda Wajib Cuba. Gyudon. Kredit: FB CAROcafe

Mereka juga menghidangkan sarapan pagi dan makanan tengah hari seperti Egg Benedict Toast, bagel salmon salai dan Scrambled Egg with Mushroom dalam Sourdough.

Bagel mereka juga berbaloi untuk dicuba – bagel yang tersedia ialah Lemon Dill Cream Cheese, Cream Cheese Klasik dan Smoked Ham and Cheese.

image is not available
Bagel Cream Cheese klasik. Kredit: FB CAROcafe

Bukan sahaja menawarkan suasana yang relaxing, cafe ini juga menawarkan perkhidmatan event yang sesuai untuk majlis hari jadi, party dan sebagainya.

Maklumat penting

Lokasi: Lot 14, Sedco Light Industrial, Jln Kolombong, Kolombong, 88450 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu operasi: Buka setiap hari KECUALI hari Ahad, 9AM – 6PM

Hubungi: 016-878 3615

Baca juga artikel yang berkaitan dengan tempat makan di Sabah:

https://www.iloveborneo.my/pertama-dan-terbesar-di-sabah-anda-harus-kunjungi-1heart-maze-cafe-di-inanam/

https://www.iloveborneo.my/ini-3-kafe-klasik-estetik-di-sabah/