Caroline Benjamin Pegawai Daerah Keningau baharu

LocalPolitics
10 Jun 2026 • 4:52 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Caroline Benjamin Pegawai Daerah Keningau baharu

KENINGAU: Caroline Benjamin Jiungan secara rasmi memulakan tugas sebagai Pegawai Daerah Keningau yang baharu, menggantikan Peter Jonu Moinjil yang bersara wajib.

Peralihan kepimpinan itu dimuktamadkan menerusi majlis serah tugas yang diadakan di Hotel Perkasa di sini dan disaksikan Pembantu Menteri Kewangan II merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor Datuk Mohd Ishak Ayub.

Caroline yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Sook kini mengambil alih pentadbiran daerah berkuat kuasa serta-merta.

Turut hadir ialah Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Norsih Nusuri, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) Christine Tiffany Charlse Lohindun serta kakitangan Pejabat Daerah Keningau.

Dalam majlis itu, kakitangan Pejabat Daerah merakamkan penghargaan mendalam kepada Peter atas khidmat bakti, sumbangan dan kepimpinan beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Menyambut ketibaan pemimpin baharu mereka, warga pejabat turut menyatakan sokongan terhadap pelantikan Caroline serta menaruh harapan agar kepimpinannya dapat membawa Keningau ke arah kecemerlangan berterusan, kemajuan wilayah dan kesejahteraan masyarakat yang berkekalan.

Majlis itu turut mencerminkan komitmen daerah berkenaan dalam memastikan kesinambungan kepimpinan serta memperkukuh kerangka pentadbiran bagi menyokong pembangunan berterusan Keningau.