Carsome Premium Diperkenalkan – Alternatif Baharu Untuk Pembeli Kenderaan Premium Terpakai

Cars
23 Nov 2026 • 1:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dalam pasaran kenderaan premium terpakai, keadaan kenderaan dan perlindungan selepas jualan sering menjadi faktor utama dalam keputusan pembelian.

Image from: Carsome Premium Diperkenalkan – Alternatif Baharu Untuk Pembeli Kenderaan Premium Terpakai

Menyedari keperluan tersebut, Carsome memperkenalkan Carsome Premium iaitu kategori baharu yang menawarkan pilihan kenderaan premium terpakai dengan standard pemeriksaan yang lebih menyeluruh serta pelbagai perlindungan tambahan untuk pemilik. Langkah ini dilihat mampu meningkatkan tahap keyakinan pembeli terhadap pemilikan kenderaan premium terpakai.

Image from: Carsome Premium Diperkenalkan – Alternatif Baharu Untuk Pembeli Kenderaan Premium Terpakai

Antara yang ditawarkan termasuk jaminan pulangan wang selama 100 hari, perlindungan waranti sehingga 5 tahun serta program 365 Premium Care+ yang menyediakan kredit servis bernilai RM3,000 bagi tahun pertama pemilikan. Pembeli juga berpeluang menerima nilai sehingga RM10,000 lebih tinggi berbanding tawaran standard Carsome menerusi program jaminan belian semula tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Di samping itu, setiap kenderaan perlu menjalani pemeriksaan menyeluruh yang merangkumi komponen mekanikal, sistem keselamatan dan elektronik sebelum ditawarkan kepada pelanggan.

Pada peringkat awal, kategori ini menawarkan pilihan model daripada jenama premium seperti BMW dan Mercedes-Benz dengan lebih banyak pilihan dijangka diperkenalkan dari semasa ke semasa. Inisiatif ini dilihat mampu memberikan lebih banyak pilihan kepada pembeli dalam segmen kenderaan premium terpakai.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved