Cas EV e.MAS 7 & smart Murah 30% Sempena Tahun Baharu Cina

LocalCars
24 Jan 2025 • 11:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Proton mengumumkan bahawa pemilik kenderaan elektrik (EV) Proton e.MAS 7 dan model keluaran anak syarikatnya, Pro-Net, iaitu smart #1 dan smart #3, dapat menikmati diskaun sebanyak 30% untuk pengecasan sepanjang tempoh perayaan Tahun Baharu Cina bermula 25 Januari hingga 3 Februari 2025.

Kerjasama Dengan Pengendali Stesen Pengecasan

Inisiatif ini direalisasikan melalui kerjasama dengan beberapa pengendali stesen pengecasan (CPO) seperti Gentari, JomCharge, ChargEV, ChargeSini, Carput Zap dan DC Handal.

Namun, Proton memaklumkan bahawa diskaun ini hanya sah untuk sesi pengecasan yang diaktifkan melalui aplikasi Proton e.MAS atau Hello smart. Sebarang sesi pengecasan yang dimulakan terus melalui aplikasi pengendali stesen (CPO) tidak layak untuk menerima diskaun ini.

image is not availableimage is not available

Untuk menikmati diskaun 30%, pengguna hanya perlu menggunakan aplikasi Proton e.MAS atau Hello smart untuk mencari stesen pengecasan pilihan dan aktifkan sesi pengecasan seperti biasa. Diskaun akan dikira secara automatik dan dipaparkan dalam ringkasan caj akhir selepas sesi pengecasan selesai.

Akses Rangkaian Pengecasan Yang Luas

Semasa pelancaran Proton e.MAS 7 sebelum ini, Proton turut menyatakan bahawa melalui kerjasama dengan pengendali-pengendali ini mereka kini mempunyai akses kepada 85% rangkaian pengecasan di Malaysia. Rangkaian ini terus berkembang dengan penambahan stesen pengecasan baharu oleh para pengendali.