Casio G-Shock siri 5600 dengan panel solar dan hayat bateri 11 bulan kini tiba di Malaysia

Digital
22 May 2023 • 12:43 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Casio Malaysia mengumumkan pejualan jam tangan G-Shock siri 5600 dalam pasaran ini. Ia adalah jam tangan monokrom dengan rekaan minimalist dan ada fungsi penjejak aktiviti kesihatan dan yang lebih baik, ia ada panel solar untuk memanjangkan hayat bateri.

image is not available

Di bahagian muka, G-Shock siri 5600 mengguna pakai panel paparan ekawarna daripada jenis MIP-LCD. Panel paparan ini dilindungi oleh kaca kristal mineral yang kukuh. Di bahagian belakang, tersemat sensor optikal untuk membaca denyutan nadi yang boleh menghantar data bacaan termasuklah data kepekatan oksigen di dalam darah ke telefon pintar melalui sambungan Bluetooth terbina.

image is not available

image is not available

Terdapat juga sensor akselerometer di dalam badannya untuk ia mengukur langkahan si pemakai disamping mampu menjejak beberapa aktiviti sukan yang lain secara automatik. Jam tangan ini tiada fungsi GPS dan ia bergantung kepada data daripada telefon pintar untuk memasukkan maklumat koordinat.

image is not available

Untuk mengecas bateri pada jam tangan ini, anda boleh gunakan sama ada USB ataupun terdapat panel solar di atas badannya. Bersumberkan maklumat pihak ketiga, mengecas penuh melalui USB mengambil masa kira-kira 3 jam dan ia memebrikanw aktu guna selama 35 jam dengan ciri pemantau denyutan nadi diaktifkan. Sekiranya dimatikan, ia mampu bertahan sehingga 7 hari lamanya dengan 1 jam aktiviti senaman dilakukan. Seandainya hanya ciri masa sahaja digunakan, dikatakan yang jam tangan ini mampu hidup selama 11 bulan dengan satu bateri penuh.

image is not available

image is not available

G-Shock siri 5600 dijual dalam beberapa varian bergantung kepada gaya casingnya. Berikut adalah jualan G-Shock 5600 di Malaysia:

  • DW-H5600-1DR – RM 1,345
  • DW-H5600 – 2DR – RM 1,345
  • DW-5600MB-1DR – RM 1,395
  • DW-H5600MB – 2DR – RM 1,395
  • H5600EX-1DR – RM 1,995

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Sekiranya anda mahukan sesuatu yang lebih asas, cuba anda tolhe pada Amazfit Neo yang miiliki rupa hampir sama dengan Casio. Anda boleh dapatkannya pada harga rasmi RM139 dengan ciri sedikit terhad.