Cat Bulat Kecil Ini Rupanya Lebih Baik Daripada Garisan Putih Biasa Di Jalan Raya

LocalCars
8 Dec 2025 • 2:13 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Cat Bulat Kecil Ini Rupanya Lebih Baik Daripada Garisan Putih Biasa Di Jalan Raya

Hampir setiap hari, kita dapat melihat garisan putih di jalan raya yang berfungsi sebagai panduan kepada pemandu kenderaan.

Garisan ini bukan sekadar hiasan di jalan, bahkan memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan pemandu dan penumpang.

Dengan mengikuti panduan yang diberikan oleh garisan putih, pemandu dapat mengawal laluan kenderaan dengan lebih teratur, mengurangkan risiko kemalangan dan memastikan aliran trafik berjalan dengan lancar.

Biasanya, kita hanya melihat garisan putih yang lurus di jalan raya tanpa memikirkan teknologi di sebaliknya.

Namun, siapa sangka, kaedah PlastiRoute SpotLine kini telah diperkenalkan di Pulau Pinang, membawa inovasi baharu dalam penandaan jalan yang lebih selamat, tahan lama, dan mesra alam.

Keistimewaan kaedah PlastiRoute SpotLine

Menerusi hantaran THB Maintenance Sdn. Bhd. di Facebook, garisan jalan di Jalan Persekutuan menggunakan kaedah unik yang menggabungkan cat berbentuk bulat kecil berwarna putih.

Walaupun berbeza daripada cat garisan biasa, ia tetap menghasilkan pandangan garisan konvensional kepada pengguna jalan.

Selain itu, garisan jenis ini mempunyai beberapa kelebihan menarik.

Ia meningkatkan pantulan cahaya lampu kenderaan pada waktu malam dan ketika hujan, serta memberi getaran halus kepada tayar sekiranya pemandu terkeluar daripada laluan untuk meningkatkan keselamatan pemanduan.

Laluan ini sendiri merupakan jalan utama merentasi Seberang Perai, menghubungkan bandar-bandar penting seperti Sungai Petani, Alor Setar di utara dan Ipoh di selatan, serta melalui lokasi strategik seperti Nibong Tebal, Permatang Pauh, Perai dan Butterworth.

Jimat kos penyelenggaraan

Menurut portal intertraffic, kaedah ini sesuai untuk jalan dengan trafik tinggi kerana bahan yang digunakan tahan terhadap beban tinggi dan cuaca berubah‑ubah, malah mempunyai ciri “anti‑skid” yang diperlukan pada permukaan jalan.

Selain itu, kaedah PlastiRoute SpotLine turut menjimatkan kos penyelenggaraan kerana garisan tidak mudah pudar atau rosak.

Difahamkan, ia tidak memerlukan pemanasan tinggi seperti beberapa jenis cat panas, jadi mengurangkan pelepasan karbon semasa aplikasi. Boleh digunakan pada asfalt dan konkrit tanpa penggunaan bahan kimia berbahaya.

BACA: 10 Tahun Selepas Gempa, Wanita Bertemu Semula & Kahwin Dengan Penyelamatnya

Sumber: THB Maintenance Sdn. Bhd.

The post Cat Bulat Kecil Ini Rupanya Lebih Baik Daripada Garisan Putih Biasa Di Jalan Raya appeared first on Siakap Keli.