Catat Sebanyak 11 Kematian, Itali Menjadi Kawasan ‘Hotspot’ Wabak Demam West Nile

13 Aug 2022 • 5:31 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

11 kematian dilaporkan akibat wabak demam West Nile

Catat Sebanyak 11 Kematian, Itali Menjadi Kawasan ‘Hotspot’ Wabak Demam West Nile. Itali muncul sebagai kawasan titik panas (hotspot) di Eropah bagi wabak baharu virus West Nile. Setakat tahun ini, angka kematian telah mencecah sebanyak 11 orang di negara itu.

Menurut data terbaru dari Pusat Kawalan Penyakit Eropah, setakat Rabu, sebanyak 188 kes virus West Nile di Kesatuan Eropah direkodkan sejak awal tahun manakala 144 kes daripadanya adalah dari Itali.

image is not available
Catat Sebanyak 11 Kematian, Itali Menjadi Kawasan ‘Hotspot’ Wabak Demam West Nile. Kredit: The Sundaily

Kebanyakan kes virus di Itali telah direkodkan sejak awal Jun

Institut Kesihatan Tinggi Itali melaporkan jumlah jangkitan daripada virus itu telah meningkat lebih daripada 50 peratus sepanjang minggu lalu.

Menurut sumber rasmi Itali, kebanyakan kes virus di Itali telah direkodkan sejak awal Jun, dengan majoriti kes itu direkodkan di wilayah tengah dan utara Itali Emilia Romagna, Veneto, Piedmont, dan Lombardy.

Veneto, yang menempatkan lebih separuh daripada jumlah kes di Itali dan enam daripada 11 kematian di negara itu adalah kluster virus yang dilaporkan terbesar di negara itu.

image is not available
Catat Sebanyak 11 Kematian, Itali Menjadi Kawasan ‘Hotspot’ Wabak Demam West Nile

Tetapi di wilayah Lombardy melaporkan kematian terbaru akibat virus itu pada hari Jumaat, di Bandar Brescia, Timur Milan.

Demam West Nile adalah virus bawaan nyamuk

Demam West Nile, penyakit yang disebabkan oleh virus bawaan nyamuk, pertama kali dekenal pasti pada tahun 1937 dan ia dilihat muncul secara berkala dalam beberapa dekad.

Saintis membuat spekulasi bahawa suhu panas membolehkan penyebaran nyamuk boleh membawa virus itu merebak ke kawasan baharu.

image is not available
Kitaran wabak virus West Nile. Kredit: OCVECTOR

Menurut data daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) gejala demam West Nile yang disebabkan oleh virus ini adalah seperti sakit kepala, demam tinggi, leher tegang, pingsan, kekeliruan, koma, sawan, gegaran, kelemahan otot dan lumpuh.

Penyakit ini biasanya tidak membawa maut, tetapi ia boleh berlaku dalam golongan tua dan rentan.

image is not available
Gejala demam West Nile. Kredit: FCCNG

Para saintis sedang menyiasat terapi interferon – sejenis terapi sel imun – sebagai rawatan untuk ensefalitis yang disebabkan oleh virus West Nile.

Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa orang yang menerima interferon pulih lebih baik daripada mereka yang tidak menerima ubat, tetapi lebih banyak kajian diperlukan.

Bukan sahaja wabak virus West Nile yang menular, wabak Monkeypox turut menjadi kebimbangan di seluruh dunia: