Catcha Digital Catat Untung RM11.14 Juta Bagi Suku Ketiga 2024, Lancar ‘KS Lagi’ Usaha Sama Dengan KJ & Shahril Hamdan

LocalTechnology
27 Nov 2024 • 10:58 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Catcha Digital Berhad telah mengumumkan keputusan kewangan mereka bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 September 2024 (Q3 FY2024) di mana syarikat itu telah merekodkan keuntungan sebanyak RM11.14 juta.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding suku ketiga tahun 2023 di mana syarikat tersebut dilaporkan mencatatkan keuntungan sebanyak RM7.19 juta, mencapai pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 55 peratus.

image is not available

Catcha Digital juga turut mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM1.21 juta pada Q3 FY2024, menjadikan jumlah keuntungan yang diperoleh selepas cukai untuk sembilan bulan pertama, RM3.43 juta.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Catcha Digital, Eric Tan, mereka telah melancarkan pelbagai solusi inovasi pengiklanan seperti kempen offline kepada online bagi membolehkan pengiklan mereka berhubung dengan pelanggan mereka dengan lebih berkesan.

Kami berbangga dengan team kerana sudah mencapai peningkatan keuntungan yang memberangsangkan meskipun dalam keadaan makroekonomi yang tidak menentu berikutan tumpuan terhadap keupayaan inovasi produk.

image is not available

Kami kekal fokus untuk mencapat pertumbuhan dan pendapatan yang mampan untuk semua pemegang saham kami.

Sementara itu, Pengerusi Catcha Digital, Patrick Grove berkata syarikat tersebut berbangga telah mencapai rekod keuntungan itu pada suku kelima selepas keluar daripada status GN2 pada Julai 2023.

Tambahnya, Catcha Digital akan berusaha untuk mengekalkan momentum tersebut dan pada masa yang sama akan meneruskan misi untuk menjadi kumpulan digital yang terkemuka di Asia Tenggara.

Syarikat itu juga baru-baru ini telah melancarkan KS Lagi, usaha sama dengan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan, pengasas Keluar Sekejap.

image is not available

KS Lagi telah dilancarkan pada Oktober 2024 dan berjaya mendapatkan syarikat global seperti MG Motor, Honor dan Vico sebagai pengiklan.

image is not available 5 months ago

Mulakan Dagangan Di Nasdaq, Catcha Selesai Perjanjian Bersama Crown LNG Sebanyak $600 Juta (RM2.8 Bilion)